Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

Pelbagai destinasi menarik, berlatarkan keindahan alam semulajadi hinggalah pengembaraan taman tema yang mendebarkan boleh dijadikan pilihan

Jelajah Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 8:21PM

Bomb Battle Elite Kuala Lumpur, Atria Mall.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rutin harian yang sibuk sering membuatkan kita mahu menghabiskan masa berkualiti bersama orang tersayang. Justeru, apabila ada peluang, masa perlu diisi dengan aktiviti menyeronokkan dan memberi makna.

Dari destinasi yang menghijau hinggalah ke pengembaraan taman tema yang mendebarkan, jalinkan hubungan yang lebih erat dengan mereka yang tersayang dengan mencipta kenangan berkekalan. 

Sambil bergembira, ambil peluang untuk melepaskan tekanan sudah lama bersarang di dalam diri. Pilihlah tempat mengikut minat masing-masing. 

Bagi memudahkan dan membantu anda membuat perancangan, di sini Getaran senaraikan lima destinasi atau tarikan yang boleh dikunjungi. 

Bomb Battle Elite Kuala Lumpur, Atria Mall

Bagi yang menggemari aktiviti yang mengeluarkan peluh dan menguji IQ, pergilah ke Bomb Battle Elite! Terletak di Atria Mall di Petaling Jaya, ia adalah tarikan yang sempurna tanpa perlu meninggalkan kota. 

Selesaikan teka-teki yang merangsang intelektual dan atasi halangan kreatif dalam empat tawaran permainan berbeza di Bomb Battle Elite, dan hukuman untuk sebuah kekalahan adalah sebahagian daripada keseronokan!

Di Bomb Battle Elite, mereka menawarkan dua misi utama, iaitu Paint Bomb Mission, iaitu anda boleh mengalami percikan cat jika gagal mengalahkan bom, dan misi Powder Bomb di mana sejumlah 5 kilogram bahan letupan serbuk berwarna-warni menanti anda di penghujung cabaran.

Jangan bimbang mengenai pakaian anda. Ini kerana permainan ini dilengkapi dengan set peralatan perlindungan untuk setiap pemain mengikut ukuran badan anda.  

Selain itu, bawa permainan khayalan zaman kanak-kanak anda, The Floor Is Lava, ke peringkat seterusnya dengan bermain The Greatest Lava. Pukul jubin lava dengan cara apa sekali pun,  termasuklah secara bergantung di siling!

Satu lagi kelebihan bermain di Bomb Battle Elite adalah setiap pasukan akan dibekalkan dengan rakaman GoPro supaya anda boleh meninggalkan permainan dengan sedikit kenangan yang menggembirakan.

Tempah slot pilihan anda di Klook dan pergi ke Bomb Battle Elite untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Tuftme, Puchong

Tuftme menawarkan pengalaman unik yang membolehkan anda dan rakan boleh menghasilkan permaidani mengikut reka bentuk pilihan anda sendiri. Ia adalah tempat yang sesuai untuk terapi diri dan membiarkan kreativiti anda mengambil alih. 

Di sini, anda bebas mengekspresi diri dan membuat permaidani paling sempurna yang pernah anda lihat. Dengan pelbagai jenis bahan, warna dan tekstur untuk dipilih, luangkan masa berkualiti untuk berehat dan cipta sesuatu yang anda suka dengan bimbingan tenaga pengajar. 

Dengan adanya projektor untuk membantu anda melakar sebarang reka bentuk yang difikirkan, proses ini pasti akan berjalan lancar tanpa mengira kebolehan artistik anda.

Paling penting, biarkan imaginasi mengambil alih dan pasukan Tuftme akan menguruskan selebihnya. Ini termasuklah kerja-kerja menambah sentuhan akhir pada permaidani supaya ia terlihat sempurna.

Berikan masa dua hingga tiga minggu kepada pasukan Tuftme untuk menyiapkannya. Kemudian, bolehlah datang semua untuk mengambilnya.

Genting Skyworld

Taman Tema Genting Skyworld memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Di sinilah tempatnya untuk anda merasai ledakan adrenalin. Selain menaiki kereta kabel yang juga sebahagian daripada pengembaraan, jangan lepaskan peluang menaiki tunggangan mendebarkan bagaikan berpusing-pusing di langit. 

Permainan mesti cuba di sini adalah Alpha Fighter Pilots dan Terraform Tower Challenge yang mengepam adrenalin berkelajuan tinggi. Menjeritlah dengan sekuat hati dan penuhi hari anda dengan keseronokan dan ketawa yang tidak berkesudahan.

Jika anda tidak ingin menamatkan keseronokan lebih awal, teruskan pengembaraan di puncak keriangan ini di Taman Tema Tertutup Skytropolis di mana anda boleh menyertai permainan arked, gerai karnival, boling atau pengalaman realiti maya (VR).

Percutian Hujung Minggu Di Langkawi

Jika anda mencari kedamaian dan ketenangan, mengapa tidak merancang untuk percutian singkat hujung minggu bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda? 

Walaupun percutian ini mungkin memerlukan anda mengambil cuti lebih lama, tetapi ia pasti berbaloi. Ikuti aktiviti island hopping, di mana anda boleh melawat pantai dan pulau terbaik di sekitar Langkawi. 

Tasik Dayang Bunting yang terkenal dengan legenda dan keindahan alam akan meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan lebih-lebih lagi jika anda ke sana pada awal pagi, sebelum orang lain sampai. Keheningannya membuatkan diri diselimuti kedamaian.

Selain itu, pergilah  ke Gunung Mat Cincang, di mana Langkawi Skybridge menantikan kehadiran anda. Berdiri tinggi di atas hutan hujan, jambatan itu melengkung di sepanjang gunung dengan kepanjangan 125 meter yang memberikan pemandangan panoramik pulau-pulau berdekatan. Cukup mengasyikkan!

Psst! Jika berani, Sky Bridge juga menawarkan bahagian yang telus pandang. Cubalah berdiri di atasnya dan rakam gelagat masing-masing untuk dijadikan kenangan di kemudian hari. 

Sunway Lagoon, Subang Jaya

Sebagai rakyat Malaysia, pastikan anda menjejakkan kaki ke taman tema ini walaupun hanya sekali. Sunway Lagoon Malaysia adalah salah satu taman tema terbesar di Malaysia. 

Terletak di Bandar Sunway, taman tema yang berjaya meraih pelbagai anugerah ini mempunyai pelbagai tarikan yang boleh dinikmati seisi keluarga. Dari taman tema air hinggalah ke taman hidupan liar.

Beberapa permainan yang tersedia turut menjadi buruan ramai seperti Monsoon 360, di mana anda boleh mengalami jatuh bebas menegak, dan Vuvuzela, menara gelongsor air yang melancarkan anda dari ketinggian11 kaki.

Untuk pencinta haiwan, berjalan-jalanlah melalui Taman Hidupan Liar untuk melawat harimau putih yang megah dan haiwan liar lain di habitat mereka.

Pemegang MyKad boleh membeli pas kemasukan semua akses pada harga RM160 untuk dewasa secara dalam talian. Jadi rancanglah lebih awal! Anda juga boleh mendapatkan pas dua hari dengan harga RM383 seorang untuk lebih keseronokan dengan lebih penjimatan. 

Untuk melarikan diri dari kehangatan mentari, anda juga boleh memilih pas malam, yang berharga RM65 untuk dewasa. Bagaimanapun, tidak semua tarikan tersedia untuk sesi ini.

Jadi, apa tunggu lagi? Rancang dan tempahlah perjalanan dengan keluarga dan rakan -rakan anda sekarang. Cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan. – Getaran, 16 April 2024

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Pelan Pemulihan Pelancongan 2.0 Tawar Diskaun, Baucar Dan Rebat Untuk Rakyat

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Airbnb Pilihan Rakyat Ketika Melancong Dalam Negara - Kajian

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Jelajah 17 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

oleh Rahayu MN

Selera 21 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN