web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Airbnb Pilihan Rakyat Ketika Melancong Dalam Negara - Kajian

Hasil kaji selidik itu juga menunjukkan konsensus tempatan yang kukuh bahawa penginapan sewa jangka pendek memberi manfaat kepada masyarakat tempatan.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 11:55AM

Gambar Hiasan, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kaji selidik oleh Airbnb, penyedia perkhidmatan penginapan dalam talian, mendapati lebih separuh daripada responden berpotensi untuk menginap di penginapan sewa jangka pendek ketika melakukan perjalanan domestik.

Ia berkata kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan 1,020 rakyat Malaysia antara 23 Dis, 2021 hingga 14 Jan, 2022, mendedahkan lebih dua pertiga (68 peratus) rakyat Malaysia berkemungkinan menggunakan Airbnb apabila mereka melakukan perjalanan selanjutnya dan 44 peratus responden menyewa di Airbnb dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Hasil kaji selidik itu menunjukkan konsensus tempatan yang kukuh bahawa penginapan sewa jangka pendek memberi manfaat kepada masyarakat tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata keputusan itu juga menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yakin terhadap penginapan sewa jangka pendek dapat memberi kesan positif untuk komuniti kerana pelancong dari pasaran domestik dan antarabangsa terus menyokong pemulihan ekonomi negara.

“Lebih dua pertiga bersetuju bahawa ia mewujudkan rangsangan ekonomi di kawasan kejiranan dan 62 peratus responden percaya secara keseluruhan penginapan sewa jangka pendek memberi manfaat bukan sahaja untuk tuan rumah tetapi juga perniagaan dalam komuniti.

Menurut kenyataan itu, lebih 60 peratus daripada mereka yang dikaji selidik menyokong penduduk di bandar menyewakan rumah mereka di Airbnb dan 80 peratus responden percaya rakyat Malaysia harus dibenarkan mengguna pangsapuri kosong yang berlebihan sebagai sewa jangka pendek bagi menyelesaikan isu hartanah yang tidak terjual, terutama di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Johor,  Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Dasar Awam (Asia Tenggara) Mich Goh berkata kaji selidik itu jelas menunjukkan rakyat Malaysia yakin penginapan sewa jangka pendek membuahkan hasil positif bagi komuniti kedua-dua pelancong tempatan dan antarabangsa yang menggunakan Airbnb ketika melancong dalam Malaysia.

“Kita memerlukan kerangka kerja kebangsaan yang jelas, mudah dan berkesan yang membolehkan rakyat Malaysia di seluruh negara menjadi tuan rumah bersama kami.

“Airbnb komited sepenuhnya untuk terus bekerjasama dengan kerajaan ke arah usaha ini. Kami juga kekal fokus untuk menyokong mengembalikan pelancongan dan mempersiapkan komuniti kami untuk mengalu-alukan pelancong dengan selamat dan bertanggungjawab,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN