web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelan Pemulihan Pelancongan 2.0 Tawar Diskaun, Baucar Dan Rebat Untuk Rakyat

Di bawah pelan ini, pakej pelancongan dan baucar yang disasarkan bakal terjual merangkumi tiga segmen pelancongan iaitu taman tema, selam skuba dan inap desa.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 7:59PM

Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program Minat Khas di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan (PRE) 2.0 yang dilancarkan hari ini akan memberi manfaat kepada rakyat melalui insentif dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat menerusi penawaran pelbagai pakej pelancongan menarik dalam negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata di bawah pelan tersebut, pakej pelancongan dan baucar bernilai RM6.7 juta disasarkan bakal terjual merangkumi tiga segmen pelancongan iaitu taman tema, skuba selam menerusi kempen ‘Jom Dive 2.0’ dan inap desa melalui kempen ‘Jom Cuti di Homestay’.

Nancy berkata penganjuran kali ini melibatkan kerjasama Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA), Persatuan Penyelam Skuba Malaysia (MSDA) dan Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia (MKHA). 

“Pelan pemulihan ini juga diharapkan dapat membantu penggiat industri untuk terus berdaya saing dalam menyemarakkan kembali industri pelancongan domestik,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pelan tersebut di Shah Alam hari ini.  

Nancy berkata antara pakej yang ditawarkan kepada Keluarga Malaysia menerusi ketiga-tiga segmen itu ialah diskaun sehingga 40 peratus dan e-baucar bernilai RM10 bagi setiap pembelian tiket masuk ke taman tema dan pusat hiburan keluarga yang terlibat bermula hari ini hingga 2 Oktober.

“Setiap pengguna layak melakukan penebusan maksimum tiga kali di tiga taman tema atau di pusat hiburan keluarga berlainan dan pembelian perlu dibuat melalui laman web tickets.matfa.org.my.

“Bagi kempen ‘Jom Dive 2.0’ menawarkan diskaun sebanyak RM400 bagi setiap pembelian pakej selam skuba berharga RM1,000 dan ke atas dalam satu transaksi melalui laman web www.xtvt.com.my yang terhad kepada 1,994 pembeli pertama berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat, dia dapat’,” katanya.

Sementara itu, Nancy berkata bagi kempen ‘Jom Cuti di Homestay’, pengguna layak menikmati rebat sebanyak RM50 hingga RM300 bagi setiap pembelian pakej berharga RM100 dan ke atas dengan penebusan maksimum sehingga tiga kali. 

“Sebanyak 150 pakej ditawarkan di portal jomhomestay.my dengan penglibatan 67 kluster pengusaha inap desa dari seluruh Malaysia dan tempoh sah laku adalah hingga 31 Disember ini,” katanya. 

Sementara itu, mengulas berhubung persediaan MOTAC menerima pelancong dalam menghadapi gelombang baharu COVID-19, Nancy berkata pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan terkini kes dan akan mengikut arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 15 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN