web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Impian Wan Muhammad Arif-Roy King Rangkul Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Madrid Lebur

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2024 8:25AM

gambar FB BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King terlepas peluang merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia apabila dikecewakan gandingan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlev Isfahani dari Indonesia pada final Kejohanan Badminton Masters Sepanyol 2024, malam tadi.

Pada aksi di Pusat Sukan Perbandaran Gallur di Madrid itu, Wan Muhammad Arif-Roy King yang menghuni ranking ke-65 dunia memberikan saingan sengit sepanjang perlawanan yang berlanjutan hingga ke set penentuan sebelum kecundang 21-18, 17-21, 21-19 dalam tempoh 52 minit.

Pasangan negara yang tewas pada set pertama bangkit mencipta kemenangan penting pada set kedua sebelum meneruskan momentum positif pada set terakhir hingga berjaya mengikat kedudukan 19-19, namun gandingan lawan di ranking ke-34 dunia itu lebih unggul untuk mencipta kemenangan.

Keputusan pada final kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 itu menyaksikan Wan Muhammad Arif-Roy King mengalami kekalahan ketiga berturut-turut berdepan lawan sama.

Dalam pada itu, jaguh perseorangan lelaki Singapura Loh Kean Yew muncul juara selepas mengatasi wakil Perancis Toma Junior Popov 21-11, 15-21, 22-20, manakala gelaran juara perseorangan wanita menjadi milik Ratchanok Intanon dari Thailand yang menewaskan rakan senegara Supanida Katethong 21-12, 21-9.

Gandingan Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtya Mentari menjuarai acara beregu campuran selepas mengalahkan Cheng Xing- Zhang Chi dari China 17-21, 21-12, 21-13, sementara Jepun merangkul gelaran beregu wanita menerusi Rin Iwanaga-Kie Nakanishi yang menjinakkan Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi dari Indonesia 12-21, 21-8, 21-16. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Zii Jia Mahu Berehat Seketika

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka Jerman 2022

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Singkir Juara Olimpik Tokyo

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Lebih Peluang Pendedahan Kepada Pemain Muda Rapatkan Jurang Dengan Zii Jia - Norza

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad