Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sze Fei-Nur Izzuddin Singkir Juara Olimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Nov 2021 9:20PM

Sze Fei dan Nur Izzuddin mencipta kejutan terbesar di Terbuka Indonesia. - Gambar oleh Badminton Photo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi selepas menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 Lee Yang-Wang Chi-Lin di pusingan kedua Terbuka Indonesia 2021 di Bali, hari ini.

Ia juga kekalahan kedua berturut-turut gandingan dari Taiwan itu di tangan pasangan negara selepas turut tewas kepada beregu utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia yang turut diadakan di Bali, Sabtu lepas.

Berada di kedudukan ke-19 dunia, Sze Fei-Nur Izzuddin cemerlang menoktahkan kemenangan ke atas pilihan ketiga kejohanan yang juga gandingan ranking ketiga dunia itu dengan keputusan 21-15, 23-21 dalam tempoh 37 minit pada aksi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, Nusa Dua.

Menanti Sze Fei-Nur Izzuddin di pusingan suku akhir adalah antara wakil India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dan Kang Minhyuk-Seo Seungjae dari Korea Selatan yang akan berentap dalam satu lagi aksi pusingan kedua.

Pada masa sama, perjalanan Aaron-Wooi Yik di kejohanan itu berakhir di pusingan sama selepas dikejutkan rakan senegara yang juga gandingan profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-14, 21-17 dalam pertarungan selama 29 minit.

Keputusan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik terpaksa menunggu lagi untuk merangkul gelaran pertama kejohanan utama tahun ini manakala Yew Sin-Ee Yi akan membuat perhitungan menentang pasangan No 1 dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo di suku akhir.

Pasangan tuan rumah itu yang juga pilihan pertama kejohanan melangkah ke peringkat lapan terbaik selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengatasi wakil Korea Selatan Choi Solgyu-Kim Wonho 12-21, 21-19, 21-18.

Sementara itu, cabaran kem beregu wanita negara berakhir selepas ketiga-tiga pasangan kecundang kepada lawan masing-masing di pusingan kedua.

Pearly Tan-M Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan kelapan tewas 21-14, 20-22, 17-21 kepada pasangan bukan pilihan dari Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi sementara Lee Meng Yean-Yap Cheng Wen dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien masing-masing tunduk kepada lawan.

Men Yean-Cheng Wen kalah kepada pilihan kelima dari Bulgaria Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-14, 21-15 manakala Vivian-Chiew Sien berjaya memberikan saingan sebelum tewas 26-24, 12-21, 11-21 di tangan pilihan ketiga Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai, dari Thailand.

Dalam saingan beregu campuran, pasangan profesional negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menempah aksi suku akhir berdepan gandingan Korea Selatan Ko Sung Hyun-Eom Hye Won selepas menundukkan wakil Jerman Jones Ralfy Jansen-Linda Efler 21-9, 21-13 di pusingan kedua.

Pada masa sama, jumlah wakil negara dalam saingan beregu campuran mungkin bertambah bergantung kepada pertembungan antara Cheng Tan Jie-Peck Yen Wei menentang pilihan utama dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Sementara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berdepan wakil tuan rumah Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Impian Wan Muhammad Arif-Roy King Rangkul Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Madrid Lebur

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Rashid Simpati Nasib Tze Yong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

All England: Hanya Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Zii Jia Kandas

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Beras Yang Dibuang Di Temerloh Sudah Rosak โ€“ KPKM

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti โ€“ PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar meninggal dunia

oleh Wartawan Getaran