Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lebih Peluang Pendedahan Kepada Pemain Muda Rapatkan Jurang Dengan Zii Jia - Norza

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 2:19PM

Norza jamin akan beri peluang pendedahan secara berterusan kepada pemain muda yang lain. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan ‘ubi muda’ perseorangan lelaki negara akan diberikan peluang pendedahan secara berterusan supaya jurang prestasi yang ketara antara mereka dan juara All England 2021 Lee Zii Jia dapat dikurangkan.

Jaminan itu diberikan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas melihat terdapat perkembangan positif ditunjukkan mereka yang diberi kepercayaan beraksi pada kempen Piala Thomas di Aarhus, Denmark baru-baru ini.

Beliau berkata Ng Tze Yong yang berusia 21 tahun dan Leong Jun Hao, 22, antara nama yang menonjol susulan persembahan ditampilkan mereka pada kejohanan berprestij itu yang menyaksikan Malaysia terkandas di peringkat suku akhir selepas tewas 0-3 kepada musuh tradisi Indonesia.

“Ada mengatakan kita mungkin tidak memberi pendedahan kepada Tze Yong dan Jun Hao. Saya nak bagi tahu Tze Yong dan Jun Hao telah membanggakan kita, mereka menunjukkan kemampuan mereka dan memang ya kita akan memberikan mereka peluang yang lebih.

“Mungkin kelemahan kita adalah balik-balik bercakap tentang Zii Jia, Aaron (Aaron Chia) dan Soh (Soh Wooi Yik). Kita harus merapatkan jurang antara pemain perseorangan lain iaitu Tze Yong, Jun Hao dan Aidil Sholeh (Aidil Sholeh Ali Sadikin) untuk kejar (rapatkan jurang prestasi dengan) Zii Jia,” katanya.

Beliau yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Pejabat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) secara dalam talian di Wisma OCM semalam, berkata peluang pendedahan yang sama turut akan diberikan kepada semua pasangan beregu lelaki negara.

Mohamad Norza berkata skuad kebangsaan tidak boleh hanya bergantung kepada gandingan utama yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 Aaron-Wooi Yik pada setiap masa.

“Jadi ini tanggungjawab barisan kejurulatihan dan tanggungjawab Choong Hann (Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann), janganlah hanya bergantung kepada pemain yang sama sahaja, kita perlu membentuk pemain baharu, dengan itu saja satu hari kita boleh raih Piala Thomas dan kejayaan lain,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Norza menegaskan bahawa BAM akan memberikan layanan sama rata kepada semua pemain dalam skuad kebangsaan termasuk pasukan wanita.

Beliau berkata tiada layanan istimewa kepada pemain-pemain tertentu dengan mereka yang tidak berjaya mempamerkan konsistensi bakal kehilangan segala kelebihan dan pengiktirafan daripada badan induk itu.

“Bagi kita semua sama, kalau setakat anda menang hari ini esok tak menang, lusa anda menang selepas itu tak menang, anda bukan pemain bertaraf dunia lagi, jadi tingkatkanlah usaha, itu sahaja caranya,” jelasnya sambil menyifatkan BAM juga harus memastikan setiap pelaburan yang dibuat memberikan pulangan positif. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Impian Wan Muhammad Arif-Roy King Rangkul Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Madrid Lebur

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Rashid Simpati Nasib Tze Yong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

All England: Hanya Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Zii Jia Kandas

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sukan 1 hari yang lalu

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Semasa 1 hari yang lalu

Sempadan Malaysia – Thailand Di Sungai Golok ‘Dikawal’ Kereta Perisai, Dron

Semasa 1 hari yang lalu

Rugi Orang Kedah Tak Tanam Harumanis

oleh Rafisqi Radhi