Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Afdlin Shauki Harap Penyimbah Asid Faisal Halim Dapat Balasan Sama

Datuk Afdlin Shauki sempat bekerjasama dengan Faisal Halim dalam filem terbaru arahannya yang berjudul Harimau Malaya baru-baru ini.

Selebriti Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 4:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem Harimau Malaya, Datuk Afdlin Shauki mengakui beliau amat terkesan dengan kejadian malang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang disimbah asid Ahad lalu.

Menurut Afdlin, Faisal turut terlibat dalam filem Harimau Malaya dan tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku dalam negara.

"Saya rasa bukan saya sahaja, malah seluruh Malaysia terkejut dengan kejadian ini.

"Individu yang melakukan perkara ini mempunyai niat yang sangat tidak baik. Seolah-olah telah lama dirancang.

"Sesiapa yang merancang perkara ini, tak tahu dia manusia atau apa. Kalau marah sekalipun, bukan ini caranya," katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Ngesot.

Tambah Afdlin, beliau amat berharap pihak polis dapat segera menangkap pelaku tersebut dan menjatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatan kejam yang dilakukan.

"Pada saya, sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan kejam ini, dia perlu kena balasan yang sama. Itu yang paling setimpal.

"Saya betul-betul berharap pada pihak polis untuk mencari siapa dalangnya. Saya sebagai rakyat Malaysia tak akan berpuas hati selagi tak jumpa siapa pelakunya.

"Jika si pelaku adalah orang yang diupah, siapa di belakang pelaku itu? Nak dapat asid bukan senang. Jadi dari mana si pelaku itu dapat?

"Sebagai rakyat Malaysia, kita nak tahu kebenaran agar dapat sedikit ketenteraman dalam jiwa," ujarnya.

Sebagai pengarah yang pernah bekerja dengan Faisal, Afdlin menyifatkan pemain bola kelahiran Pulau Pinang berusia 26 tahun itu sebagai seorang yang sangat baik.

"Dia seorang yang sangat baik dan merendah diri. Masa saya jumpa dia, dia baru balik dari Doha dan sempat menjaringkan gol yang dahsyat di sana.

"Dia terlibat dalam satu babak dalam filem Harimau Malaya. Pada mula tiada seorang pun pemain skuad Harimau Malaya yang dapat terlibat kerana masing-masing sibuk. Tetapi lepas pulang dari Doha, Faisal kata dia boleh lakukan.

 "Saya sendiri 'starstruck' apabila bertemu dengan Faisal. Kami saling menghormati kerja masing-masing. Dia merupakan seorang 'superstar' dalam arena sukan negara. Dan dia merupakan harapan negara untuk perlawanan besar yang akan datang termasuklah kelayakan Piala Dunia. 

"Saya sangat tak sangka perkara ini akan berlaku kepadanya," kongsinya.

Ditanya adakah beliau sudah berkesempatan untuk melawat Faisal di hospital, kata Afdlin mereka dinasihatkan memberi ruang untuk Faisal mendapatkan rawatan terlebih dahulu.

"Dia sekarang berada dalam keadaan yang sangat genting. Dia sedang bertarung nyawa. Saya harap agar orang ramai tidak putus mendoakan keselamatan Faisal," katanya.

Ahad lalu, Faisal diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali di kompleks beli belah terkemuka di Kota Damansara. Lelaki tersebut telah menyimbah asid ke tubuh Faisal sebelum beredar.

Sebelum Faisal, seorang lagi pemain skuad Harimau Malaya iaitu Akhyar Rashid turut berdepan dengan kes jenayah selepas beliau dirompak dan dipukul di Terengganu. - Getaran, 8 Mei 2024

Foto : Helmi Anuar

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

oleh Rahayu MN

Selebriti 10 jam yang lalu

Selepas 16 tahun Dalam Industri, Onew Bakal Bertemu Peminat Malaysia 27 Julai Hadapan

Penampilan pertama Onew atau nama sebenarnya, Lee Jinki, 35, secara solo ke Malaysia ini akan melakar sejarah dalam perjalanan kariernya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran