web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 16 tahun Dalam Industri, Onew Bakal Bertemu Peminat Malaysia 27 Julai Hadapan

Penampilan pertama Onew atau nama sebenarnya, Lee Jinki, 35, secara solo ke Malaysia ini akan melakar sejarah dalam perjalanan kariernya.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2024 4:54PM

Penampilan pertama Onew atau nama sebenarnya, Lee Jinki, 35, secara solo ke Malaysia ini akan melakar sejarah dalam perjalanan kariernya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Selepas 16 tahun dalam industri hiburan Korea Selatan, Onew akhirnya akan bertamu di Malaysia bagi bertemu dengan para peminat. 

Penampilan pertama Onew atau nama sebenarnya, Lee Jinki, 35, secara solo ke Malaysia ini akan melakar sejarah dalam perjalanan kariernya. 

Jika anda mahu menjadi salah seorang yang mencipta sejarah, jangan lupa tandakan kalendar pada 27 Julai hadapan untuk menghadiri sesi perjumpaan peminat yang digelar sebagai Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia.

Saksikan idola anda ini beraksi di Stadium Malawati, Shah Alam secara langsung dan boleh juga hadir ke sesi ‘sound check’ jika membeli tiket VIP.  

Dibawakan oleh MND Sport & Event Sdn Bhd & JS Concert Productions, Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia ini menjanjikan satu pertemuan yang lain daripada lain, sesuai dengan gelaran namanya. 

Jurucakap MND Sport & Event Sdn Bhd, Harith Daniel berkata, pihaknya dan JS Concert Productions sangat teruja dan berbesar hati untuk membawa Onew buat kali pertama sepanjang penglibatan beliau selama 16 tahun dalam kerjayanya untuk menghadiri fanmeeting dan beramah mesra dengan peminat di Malaysia.

"Sebagaimana terujanya peminat untuk beramah mesra dan bertemu Onew buat kali pertama di Malaysia, kami sebagai penganjur akan memastikan bahawa Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia memenuhi jangkaan 'temu janji pertama' anda dengan sepenuh hati," ujarnya.

Onew sendiri meninggalkan mesej ringkas untuk semua peminatnya, "Jumpa anda di Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia. Ada kejutan menanti anda dan saya tidak sabar untuk bertemu anda,” katanya.

Dengan pelbagai pencapaian yang sejak debutnya pada 2008, MND Sport & Event Sdn Bhd juga percaya Bahawa Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang telah lamamenunggu kehadiran solo Onew di negara ini.

Tiket- tiket yang berharga, RM258, RM358, RM558, RM858 dan tiket VIP RM988 boleh didapati di www.myticket.asia dalam sedikit masa lagi. - Getaran, 19 Mei 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM