web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sempadan Malaysia – Thailand Di Sungai Golok ‘Dikawal’ Kereta Perisai, Dron

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 5:19PM

Kereta perisai yang digunakan untuk kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok,di sini, kini 'dikawal' kereta berperisai dan dron Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi memastikan kawalan berada pada tahap terbaik. 

Timbalan Komander Briged Tenggara PGA, ACP Hakemal Hawari, berkata kereta perisai daripada Skuadron Perisai 9 itu telah digerakkan sejak Khamis lepas, susulan insiden letupan bom di Selatan Thailand pada 29 April lepas.

Beliau berkata, usaha berkenaan sekali gus memperkasakan kehadiran kereta perisai jenis Commando V150 PGA di kawasan sempadan negara. 

"Kereta perisai telah digerakkan untuk tugas rondaan di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pos Ular hingga Pos Ibrahim Pencen bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan," katanya.

Menurut Hakemal, selain itu Unit Dron Batalion 7 turut digerakkan dengan dibantu Unit Dron Pasukan Gerakan Udara untuk mengesan sebarang aktiviti rentas sempadan negara.

"Insiden tembakan dan pengeboman yang berlaku sememangnya telah memberi kesan terhadap tahap keselamatan sempadan negara yang dilihat mampu menjejaskan sosioekonomi dan kehidupan harian masyarakat sekitar jika tidak ditangani secara berhemah. 

"Briged Tenggara PGA bersama polis Kontinjen Kelantan akan terus komited dalam memastikan sempadan negara tidak dibolosi sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan," katanya.

Pada 2 Mei lepas, polis Kelantan mula menggunakan kenderaan berperisai AFV Commando V150 untuk memperketat kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden bom berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar