web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka Jerman 2022

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 8:36AM

Terbuka Jerman adalah gelaran sulung Sze Fei dan Nur Izzuddin. - Gambar dari Twitter @TeamMsia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencatat sejarah tersendiri apabila menewaskan pasangan China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi untuk meraih gelaran sulung kejohanan Jelajah Dunia pada Terbuka Jerman 2022 semalam.

Pada perlawanan akhir berlangsung di Westenergie Sporthalle, Muelheim, gandingan negara yang menghuni ranking ke-17 dunia saling mengejar mata sebelum lawan mereka mendahului 11-8.

Pasangan negara yang diletakkan sebagai bukan pilihan berjaya menggagalkan hasrat gandingan baharu China itu untuk menamatkan perlawanan lebih awal pada kedudukan 20-19 dan 21-20, sebelum memenangi set pertama 23-21.

Beberapa kesilapan mudah dilakukan pasangan Sze Fei-Nur Izzuddin mengundang padah apabila mereka tewas set kedua 21-16, sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan.

Babak penentuan menyaksikan pasangan negara meneruskan asakan namun aksi ‘mengasak’ Nur Izzuddin sedikit terganggu apabila kelihatan mengalami kesakitan pada lutut kanan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-14.

Kali terakhir pasangan negara mara ke perlawanan akhir adalah pada Masters Malaysia 2017 menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin muncul naib juara selepas tewas 21-19, 21-12 kepada Berry Angriawan-Hardianto dari Indonesia.

Selepas kejayaan sulung mereka hari ini, Sze Fei-Nur Izzuddin seterusnya akan beraksi pada kejohanan All England 2022 di Birmingham yang membuka tirai pada 15 Mac depan dan dijadual berdepan He Ji Ting-Tan Qiang dari China pada pusingan pertama.

Sementara itu, Kunlavut Vitidsam dari Thailand yang menewaskan pemain negara Lee Zii Jia, muncul juara baharu perseorangan lelaki Terbuka Jerman 2022 selepas menundukkan lawannya dari India Lakshya Sen 21-18, 21-15. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 8 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 10 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad