web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Mahu Berehat Seketika

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 7:23AM

Lee Zii Jia - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu daripada menyertai kejohanan badminton bagi mendapatkan semula motivasi, susulan prestasi merudum dipamerkannya sejak akhir-akhir ini.

Zii Jia yang tewas seawal pusingan pertama Kejohanan Terbuka Indonesia 2023 semalam, bagaimanapun tidak mendedahkan berapa lama tempoh rehat yang akan diambil oleh beliau.

"Sudah tentu amat kecewa. Saya akan berehat sementara waktu untuk mendapatkan semula motivasi," katanya kepada pemberita.

Pemain kelahiran Kedah itu ditemui pemberita selepas perlawanan pusingan pertama menyaksikan beliau tewas kepada pemain India, Lakshya Sen 21-17, 21-13 dalam tempoh 33 minit di Stadium Istora Senayan, di sini semalam.

Minggu lepas Zii Jia turut terkandas di pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 di Stadium Tertutup Singapura, ditewaskan pemain di ranking lebih rendah, Weng Hong Yang dari China 20-22, 21-16, 19-21.

Sementara itu, nasib sama menimpa beregu campuran negara Chan Peng Soon-Cheah Yee See apabila dibenam beregu tuan rumah Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti 16-21, 9-21.

Namun, satu lagi beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berjaya layak ke pusingan 16 terakhir setelah menumpaskan beregu England, Gregory Mairs-Jenny Moore 21-14, 21-13.

Dalam aksi beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menewaskan gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-16, 21-12.

Bagaimanapun Man Wei Chong-Kai Wun Tee terpaksa tunduk kepada gandingan Jepun, Keiichiro Matsui- Yoshinori Takeuchi selepas perlawanan sengit selama sejam enam minit.

Wei Chong-Wun Tee yang bermula baik di awal permainan akhirnya tewas dalam dua set seterusnya dengan 21-19, 15-21, 19-21. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 8 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 10 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 minit yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad