web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Soniia Antara Lima Pemain Senior Digugurkan BAM

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2021 4:11PM

Soniia Cheah. Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perseorangan wanita utama negara Soniia Cheah serta empat lagi pemain senior digugurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) susulan prestasi mengecewakan di tiga kejohanan di Thailand baru-baru ini.

Pemain lain yang digugurkan oleh Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM ialah pasangan beregu campuran  Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Lai Pei Jing serta pemenang pingat emas beregu wanita Sukan Komanwel, Vivian Hoo.

BAM memutuskan untuk menggugurkan pemain terbabit selepas melakukan semakan berkala Project 24, iaitu pelan strategik bertujuan memupuk mentaliti mahu menang dan menghasilkan pemain terbaik dunia bagi membantu Malaysia memenangi pingat emas pada Olimpik Paris 2024 dan layak ke pusingan akhir Piala Thomas.

Pemain perseorangan lelaki Ter Chun Long dan Low Eu Cong, serta pasangan beregu lelaki Ching Kai Feng dan Ooi Jhy Dar turut digugurkan oleh badan sukan badminton kebangsaan itu.

Jawatankuasa turut memutuskan  Wyman Goh, Lee Shun Yang, Shaqeem Eiman (perseorangan lelaki), K. Letshanaa (perseorangan wanita), Yap Roy King, Nurfirdaus Azman, Loo Bing Kun dan Lwi Sheng Hao (beregu lelaki) yang pada masa ini dalam tempoh percubaan, diserap ke skuad pelapis kebangsaan, kata BAM dalam kenyataan hari ini.

“Susulan bedah siasat yang dilakukan ke atas kempen Jelajah Dunia BWF peringkat Asia di Bangkok, petunjuk prestasi utama (KPI) yang terperinci telah disediakan dan diserahkan kepada pasukan jurulatih serta pemain. Kami ucapkan terima kasih kepada pemain yang berkenaan atas komitmen, dedikasi serta sumbangan mereka kepada negara selama ini. BAM ucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang akan mengorak langkah dalam kerjaya baharu. 

“Tan Kian Meng (beregu campuran) dan Yap Cheng Wen (beregu wanita) diberikan peluang baharu untuk membuktikan diri mereka dengan arahan tegas bahawa mereka perlu mempamerkan peningkatan prestasi yang pantas,” kata BAM.

Menurut kenyataan itu, jurulatih, khususnya bagi perseorangan lelaki dan wanita, telah diarah memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi anak buah masing-masing memandangkan satu lagi semakan akan dibuat selepas saingan di Eropah bulan depan.

“Berikutan kejohanan berturut-turut di Eropah itu penting bagi kelayakan ke Olimpik Tokyo, latihan peringkat kebangsaan akan diperhebat, termasuk mengadakan sesi latihan mental untuk pemain.

“Setiap aspek sesi latihan akan dipantau rapi dan dirakamkan bagi pemeriksaan dan semakan selanjutnya. Setiap petugas di Unit Sains Sukan juga ditetapkan KPI agar mereka berusaha lebih gigih bagi menghasilkan keputusan yang terbaik,” demikian menurut kenyataan itu. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad