web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Final Piala Malaysia Pada 8 Disember Di Stadium Nasional

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 2:53PM

gambar FB Malaysia Football League

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa final Piala Malaysia 2023 antara juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC bulan depan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini. 

MFL menerusi catatan di Facebooknya memaklumkan sepak mula aksi akhir antara dua gergasi bola sepak negara itu ditetapkan pada jam 9 malam, 8 Disember ini.

Bagaimanapun, MFL belum mengumumkan harga tiket bagi aksi berkenaan.

Juara edisi 2017, 2019 dan 2022, JDT yang sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super ke-10 berturut-turut, mara ke final selepas mencatatkan kemenangan agregat 12-2 ke atas Perak FC pada separuh akhir.

Terengganu yang juga juara edisi 2001, mengesahkan slot ke final menerusi kemenangan 4-2 secara agregat ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC.

Kualiti rumput baharu di Stadium Nasional menerima kritikan pada Pestabola Merdeka bulan lalu, yang juga kejohanan pertama diadakan di lokasi berkenaan selepas ditutup sejak Mac bagi menaik taraf padang menggunakan rumput baru jenis Zeon Zoysia.

Dalam catatan sama, MFL mengumumkan tarikh dan venue bagi perlawanan akhir MFL Challenge Cup antara PDRM FC dan Kuching City FC.

Skuad Sang Saka Biru akan menjadi tuan rumah final pertama pada 29 November di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), manakala Kuching City menjadi hos final kedua pada 3 Disember di Stadium Negeri, dengan kedua-dua aksi akan bermula pada 8.15 malam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Perak FC Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

2

Sukan 2 tahun yang lalu

JDT Pertahan Kejuaraan Piala FA, Atasi Taktik Bertahan KL City

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Malaysia: Aksi Final JDT Bertemu Selangor Berulang?

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Mungkin Ada Persembahan Tambahan Coldplay Kerana Stadium Bukit Jalil Tiada Tempahan Hingga Disember

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad