web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JDT Pertahan Kejuaraan Piala FA, Atasi Taktik Bertahan KL City

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2023 9:00AM

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (dua, kiri) berkenan menjulang Piala FA selepas memenangi perlawanan Final Piala FA - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI  -- Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas menewaskan Kuala Lumpur  City FC (KL City) 2-0 pada final yang julung kali berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam tadi.

Ia merupakan kali ketiga skuad Harimau Selatan bergelar juara selepas memenanginya pada 2016 dan musim lepas, namun tahun ini lebih bermakna apabila melakukannya di laman sendiri disaksikan 33,598 penonton.

Pemain tengah Nathaniel Shio Hong Wan dan penyerang import dari Argentina Leandro Velazquez masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk membantu skuad bimbingan Esteban Solari menjulang Piala FA yang memasuki edisi ke-32 itu.

Taktikal bertahan digunakan pengendali KL City Bojan Hodak berhasil mengekang JDT daripada melakukan gerakan proaktif dan percubaan berbahaya sehingga perlawanan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, di awal permainan KL City mensia-siakan peluang keemasan pada minit ke-16 apabila sepakan percuma Paulo Josue yang tepat ke kaki Matko Zirdum gagal disudahkan dari jarak dekat, menyaksikan percubaan pemain pertahanan itu tepat ke penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Pemain JDT Nathaniel Shio Hong Wan meraikan gol pertama jaringannya bersama rakan-rakan ketika menentang Kuala Lumpur City FC - gambar BERNAMA
Pemain JDT Nathaniel Shio Hong Wan meraikan gol pertama jaringannya bersama rakan-rakan ketika menentang Kuala Lumpur City FC - gambar BERNAMA

JDT turut dinafikan daripada mendahului perlawanan selepas penjaga gol Kevin Ray Mendoza bertindak cemerlang menyelamatkan rembatan padu dari luar kotak penalti pemain tengah Mohd Afiq Fazail yang menyaksikan bola hanya menggegar palang pada minit ke-27.

Penyerang muda skuad Warga Kota T. Saravanan turut memiliki peluang untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-36 selepas berjaya melepasi kawalan Matthew Davies dalam kotak penalti ketika menyambut hantaran lintang Romel Morales, namun bola dari rembatan kaki kirinya gagal tepat ke gawang.

Selepas rehat, intensiti permainan separuh masa pertama berterusan sehingga Hong Wan memecah kebuntuan pada minit ke-66 menerusi rembatan kaki kanan dari jarak kira-kira 25 meter yang menuju tepat ke bucu kanan gawang, terkena tiang dan masuk menggegar jaring menewaskan Mendoza.

Jaringan itu memaksa KL City mengubah rentak dengan bermain secara lebih terbuka dan kesempatan itu digunakan JDT untuk menekan pasukan lawan sebelum Velazquez memanfaatkan kesilapan Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri dan Sebastian Avanzini yang teragak-agak mengeluarkan bola.

Velazquez bijak menghidu ruang dan kesempatan untuk mencuri bola di tengah-tengah Mohamad Kamal dan Avanzini sebelum melepaskan rembatan yang gagal ditangkap Mendoza sekali gus meletakkan JDT selesa mendahului 2-0 pada minit ke-74.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga wisel penamat ditiup pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin dan JDT merangkul kejuaraan domestik pertama mereka musim ini selepas memenangi perlawanan Sumbangsih menentang Terengganu FC di sini, Februari lepas.

Kemenangan malam ini turut melebarkan rekod tanpa kalah JDT dalam mana-mana pertandingan domestik musim ini dengan berjaya mencatat 17 kemenangan berturut-turut dalam kempen Liga Super.

Dalam pada itu, kekalahan KL City menyaksikan mereka perlu menanti lebih lama untuk merangkul kejuaraan Piala FA buat kali pertama. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

4

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad