web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2024 8:27AM

Pemain Selangor FC meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan Kuching City FC pada saingan suku akhir kedua Piala FA 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 ke atas Kuching City FC selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 4-4 sebaik tamat masa sebenar perlawanan separuh akhir kedua yang menyaksikan Selangor menumpaskan Kuching City 3-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini malam tadi.

Lima sepakan itu diperoleh menerusi Muhammad Safuwan Baharudin, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Muhamad Syahir Bashah, Muhammad Aliff Izwan Yuslan dan Harith Haiqal Adam Fakar yang menewaskan penjaga gawang pasukan pelawat di hadapan penyokong sendiri.

Terdahulu, turun dengan formasi 4-4-2, Kuching City melakukan beberapa percubaan sebaik perlawanan bermula sebelum Nur Shamie Iszuan Amin bijak memanfaatkan peluang pemain hadapan Jordan Mintah di hadapan gawang tuan rumah untuk melakukan rembatan pertama pada minit ke-15.

Namun pasukan Gergasi Merah yang 'menyerap' semangat penyokong sendiri tenang menghadapi situasi kelam-kabut di hadapan gawang apabila tandukan Harith Haiqal Adam Afkar berjaya disempurnakan oleh Ahmad Zikri Mohd Khalili pada minit ke-27 untuk kembali 'menghidupkan' peluang mereka.

Belum puas, anak buah Mohd Nidzam Jamil terus melancarkan serangan bertali arus sebelum Alvin Mateus Fortes menambah jaringan 12 minit kemudian hasil umpanan Quentin Cheng Jiun Ho tanpa mendapat tentangan daripada pasukan pelawat.

Bersambung babak kedua, para pemain kembali dengan semangat baharu namun 'drama' di luar jangkaan berlaku apabila sebahagian lampu limpah gagal berfungsi kira-kira 17 minit dan pertarungan hanya diteruskan pada minit ke-80 namun ia seolah-olah mematahkan 'keghairahan' kedua-dua pasukan apabila mengganggu rentak permainan mereka.

Namun penambahan 20 minit dalam masa kecederaan menyaksikan kedua-dua pasukan terdesak untuk mengeluarkan segala jenis kemahiran namun mereka seperti sudah hilang sabar apabila berlaku kekecohan susulan 'sentuhan' antara pemain tengah Selangor, Yohandry Jose Orozo Cujia dan Diego Baggio Test yang menyaksikan Yohandry dilayangkan kad merah.

Bagaimanapun, ia sedikit pun tidak mengganggu pasukan Selangor apabila mereka menambah satu lagi jaringan menerusi Alvin pada minit ke-90+4 namun belum sempat meraikannya apabila Mohamad Alif Hassan kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-90+5 dan menyaksikan minit permainan diteruskan.

Malang tidak berbau apabila Selangor terpaksa bermain dengan sembilan orang apabila pemain import Reziq Mohamed Saleh Banihani menerima kad merah selepas melakukan kekasaran terhadap Jimmy Raymond yang menyaksikan permainan diheret kepada aksi penentuan sepakan penalti.

Kuching City sebelum ini memanfaatkan kelebihan gelanggang sendiri untuk menewaskan Selangor 2-1 di Stadium Negeri, Kuching.
Sementara itu, aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu menyaksikan Terengganu FC (TFC) melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan agregat 7-0 selepas menewaskan Sabah FC 3-0 pada aksi suku akhir kedua semalam.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi sepakan deras Safawi Rashid yang menyaksikan pasukan tuan rumah serta pelawat semakin 'membara' untuk berbalas serangan namun ia berpihak pada TFC apabila Akhyar Rashid menyumbat gol pada minit ke-43.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan enggan 'mengundur' namun pelawat terus menambah duka penyokong tuan rumah apabila Martin Pilj menambah jaringan pada minit akhir perlawanan.

Pada 28 Jun lepas, TFC membelasah Sabah FC 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

Kedua-dua keputusan menyaksikan perhitungan antara Selangor dan TFC di pentas separuh akhir Piala FA. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

4

Sukan 2 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 59 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad