web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: Aksi Final JDT Bertemu Selangor Berulang?

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 7:00AM

Peminat bola sepak tanah air dijangka berpeluang menyaksikan sekali lagi pertembungan antara penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di pentas final Piala Malaysia 2023. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peminat bola sepak tanah air dijangka berpeluang menyaksikan sekali lagi pertembungan antara penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di pentas final Piala Malaysia 2023 selepas kedua-dua pasukan diundi dalam laluan berbeza kecuali bertemu di final.

Pada final musim lalu, JDT mengalahkan Selangor FC  2-1.

Menerusi undian dijalankan secara maya oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), semalam, JDT, selaku juara sembilan kali berturut-turut Liga Super, diundi bertemu pasukan tercorot liga, Kelantan FC, dalam perlawanan yang dimulakan dengan pusingan 16 terbaik.

Skuad Harimau Selatan dilihat tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir dan akan menentang antara pasukan Kelantan United dan Negeri Sembilan FC sebelum bertemu sama ada Perak FC, Kedah Darul Aman FC, Kuching City FC atau Sabah FC di peringkat separuh akhir.

Sementara itu, ancaman buat Selangor bermula seawal pusingan 16 terbaik selepas diundi bertemu PDRM FC, yang membuat kejutan menewaskan naib juara Piala Malaysia 2022 itu, 1-0, pada saingan Liga Super, 3 Jun lalu.

Jika berhasil melepasi halangan itu, skuad Gergasi Merah dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir bertemu Terengganu FC atau satu kelab daripada Liga M3 sebelum menentang sama ada Sri Pahang FC, Penang FC atau seteru setempat Kuala Lumpur City FC di separuh akhir.

Mengikut format, pusingan 16 terbaik, suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia musim ini akan dijalankan secara timbal balik bermula pada Ogos, sementara aksi final dijangka bakal berlangsung pada Disember.

Majlis undian tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam dan bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan. - Bernama

Undian Pusingan 16 Piala Malaysia 2023

Kelantan FC mln JDT

Kelantan Utd mln Negeri Sembilan FC

Perak FC mln Kedah Darul Aman (KDA) FC

Kuching City FC mln Sabah FC

PDRM FC mln Selangor FC

Pasukan Liga M3 mln Terengganu FC

Pasukan Liga M3 mln Sri Pahang FC

Penang FC mln KL City FC

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi