web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mungkin Ada Persembahan Tambahan Coldplay Kerana Stadium Bukit Jalil Tiada Tempahan Hingga Disember

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 12:00PM

Stadium itu bersedia untuk menjadi lokasi konsert kedua Coldplay kerana tiada tempahan dibuat bagi mana-mana acara lain sehingga Disember ini. - Gambar Los Angeles Times

oleh

T.Vignesh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Memandangkan tiada acara akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga Disember tahun ini, mungkinkah peminat artis antarabangsa, Coldplay berpeluang menyaksikan sekali lagi persembahan kumpulan itu di Malaysia?

Bercakap kepada The Vibes, Ketua Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Faidz Sanusi memaklumkan stadium itu bersedia untuk menjadi lokasi konsert kedua Coldplay kerana tiada tempahan dibuat bagi mana-mana acara lain sehingga Disember ini.

“Kami tidak mempunyai sebarang tempahan selepas konsert Coldplay. Tempahan seterusnya adalah untuk Piala Malaysia pada Disember,” katanya.

Coldplay dijadualkan mengadakan persembahan di Malaysia yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November ini, sebagai sebahagian daripada Jelajah Dunia Music of Spheres kumpulan itu.

Pada Selasa, lebih 400,000 peminat beratur dalam talian ketika penganjur membuka pra-jualan untuk pemegang kad CIMB, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi menyaksikan peminat berebut mahu mendapatkan tiket secara serentak.

Ribuan peminat kecewa apabila tiket habis dijual dalam beberapa jam selepas tawaran mula dibuka, malah keadaan menjadi lebih buruk apabila ‘ular tiket’ mengambil kesempatan dengan menjual semula tiket mereka di media sosial dan platform, seperti Viagogo.

Bagaimanapun, dengan stadium itu tersedia sehingga Disember, ada kemungkinan peminat berpeluang untuk menyaksikan band kegemaran mereka membuat persembahan dalam konsert tambahan, memandangkan Malaysia adalah lokasi terakhir jelajah itu bagi kumpulan rock British berkenaan.

Jika Coldplay mempunyai persembahan tambahan di Malaysia, ia bukan yang pertama kerana kumpulan rock itu mengadakan konsert terbabit selama dua hari berturut-turut di Taiwan, iaitu pada 11 dan 12 November serta di Perth, Australia (18 dan 19 November) kerana permintaan tinggi.

Apabila The Vibes menghubungi seorang peminat Coldplay, Jules Perreira yang terlepas peluang melihat kumpulan muzik kegemarannya, individu terbabit berkata, adalah adil bagi penganjur untuk mengadakan persembahan kedua.

“Ada peminat seperti saya yang mengikuti kerjaya mereka sejak kumpulan itu membuat persembahan pembukaan konsert untuk Travis di PWTC, sehingga menjadi semakin gah dan mendapat sambutan di seluruh dunia. Justeru, saya rasa wajar Coldplay mengadakan persembahan kedua mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Terdapat ribuan peminat ‘sebenar’ Coldplay di sini (Malaysia) yang terlepas tiket konsert, angkara ulat tiket. Kumpulan itu perlu menghargai peminat tegar yang meletakkan mereka di kedudukan seperti hari ini,” kata pegawai perhubungan awam berusia 40 tahun yang mengikuti Coldplay selama 23 tahun.

Sementara itu, semakan The Vibes di Viagogo pada 11.02 malam tadi mendapati 574 tiket tersedia untuk dibeli.

Malah, tiket bagi kategori CAT6 yang mula dijual di platform Live Nation Malaysia pada harga RM398 dijual semula di Viagogo pada harga RM1,750.

Di laman Twitternya, selepas mengumumkan tiket konsert itu habis dijual, Live Nation Malaysia menerima banyak aduan daripada netizen mengenai kelemahan untuk mengakses platform pembelian tiket.

Namun, tidak berapa lama kemudian, netizen bertindak meluahkan keinginan mereka supaya Coldplay mengadakan persembahan tambahan di Malaysia.

Mereka melancarkan petisyen di petitions.net untuk kumpulan rock British itu membuat persembahan pada hari lain, dengan menerima 11,851 tandatangan setakat 11.47 malam tadi. – The Vibes, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chris Martin, Dakota Johnson Bertunang

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mahkamah Pilihan Raya Tolak Petisyen Batal Kemenangan ADUN Gombak Setia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad