web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chris Martin, Dakota Johnson Bertunang

Pasangan ini telah menyulam cinta sejak enam tahun lalu, tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan umum

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2024 8:54AM

Chris Martin dan Dakota Johnson

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vokalis Coldplay, Chris Martin, 47, dilaporkan telah melamar kekasih hatinya, aktres Dakota Johnson, 34 pada Khamis. 

Portal berita luar negara melaporkan bahawa hubungan kekasih ini turut mendapat ‘restu’ bekas isteri Chris iaitu Gwyneth Paltrow, 51, dan anak mereka Apple, 19, dan Moses, 17.

Sejak pertama kali menjalinkan hubungan, pasangan ini merahsiakan percintaan mereka daripada pengetahuan umum. Bagaimanapun, mereka kini bersikap lebih terbuka mengenainya, namun hanya berkongsi berita pertunangan bersama teman dan kenalan rapat. 

Menurut sumber terdekat kepada pasangan ini, baik Chris mahupun Dakota tidak tergesa-gesa untuk melangsungkan perkahwinan, tetapi akan menikmati hubungan yang telah disertai dengan ‘komitmen rasmi’ ini.

Sementara itu, Dakota juga telah dilihat memakai cincin berbatu zamrud hijau di jari manisnya ketika meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-34 di Los Angeles Oktober lalu.

Chris dan Dakota pertama kali dilihat bersama pada 2017, setahun selepas pemuzik itu bercerai dengan Gwyneth.

Bagaimanapun, ketika itu tidak dapat dipastikan sama ada mereka berpacaran atau sekadar teman rapat. Pada Jun 2019, hubungan pasangan ini menjadi goyah kerana desas-desus mengatakan Chris mendesak untuk mempunyai anak bersama.

Dakota yang ketika itu berada dalam puncak kariernya tidak bersedia, dan atas sebab itu pasangan ini menjadi rengang. Namun, sebelum musim panas berakhir, mereka kembali bersama. - Getaran, 9 Mac 2024

Foto : The Mirror

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Syed Saddiq, Bella Tunang Hari Ini, Mohon Doa Orang Ramai 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Pecah Rekod Kehadiran Penonton Tertinggi

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Coldplay Bermain Pantun, Satu Stadium Kecoh

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon