web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

Nilai yang diperolehi itu adalah hasil daripada jualan 81,812 keping tiket 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 8:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecil-kecil cili padi! Rekod menunjukkan Malaysia merupakan lokasi konsert Coldplay yang paling ramai dihadiri dalam kerjaya kumpulan ini.

Acara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada November lalu itu meraih kutipan AS$10,904,369 (lebih RM5 juta), daripada 81,812 tiket yang dijual.

Perkara ini didedahkan oleh akaun Coldplay Chart (@coldcharts) di Aplikasi X pada awal hari ini.  Pendedahan itu semestinya telah mengundang reaksi yang positif daripada peminat kumpulan yang popular dengan lagu The Sky Full Of Stars ini.

Dek kerana teruja, ada peminat yang meminta agar Coldplay segera kembali mengadakan konsert di sini. 

“Tolonglah kembali segera! Dan tambah jumlah bilangan hari konsert,” balas @zuraini_swarno.

“Saya harap anda tahu betapa peminat Malaysia menyayangi anda dan betapa kami berharap anda boleh kembali ke sini! Semalam tak cukup!” ujar @nurshuhaili.

Pengguna akaun @zednAyrogerG juga meminta perkara yang sama, “Sila datang ke Malaysia sekali lagi dan buat sekurang-kurangnya tiga malam berturut-turut”.

Ironinya, konsert Coldplay di Malaysia mendapat tentangan daripada beberapa pihak pada saat-saat akhir penganjuran. Ini kerana kumpulan ini terpalit dengan kontroversi kerana didakwa sebagai penyokong gerakan LGBTQ. Selain itu, tarikh dan masa yang dijadualkan juga dianggap tidak sesuai kerana ia berlaku ketika rakyat Palestin sedang dibedil negara haram Israel.

Sebagai info, konsert Jelajah Coldplay menjadi buruan jutaan peminat di seluruh dunia kerana kumpulan yang berasal dari London ini terkenal dengan konsert mega yang spektakular dan di luar imaginasi. Coldplay  Music of The Spheres masih mengelilingi dunia di mana ia akan berakhir pada November 2024. - Getaran, 8 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel