web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Coldplay Pecah Rekod Kehadiran Penonton Tertinggi

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 4:32PM

gambar @flyfm

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Coldplay yang berlangsung baru-baru ini dengan penuh meriah termasuk pertunjukan bunga api, berjaya mencatat jumlah kehadiran konsert harian tertinggi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut laporan Fly FM, konsert itu berjaya mengumpulkan 75,000 peminat untuk menyaksikan persembahan kumpulan rock dari Britain itu pada 22 November lalu.

Malah, jumlah tersebut tidak termasuk peminat yang gagal membeli tiket dan berkumpul di luar stadium sambil menyanyi bersama-sama ketika konsert itu berlangsung.

Tambahan lagi, ia turut memintas rekod yang dipegang oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dengan kehadiran 70,000 orang semasa konsert beliau pada 2004.

Konsert Coldplay di Malaysia ini juga mencatatkan jumlah penonton yang hampir sama dengan rekod kehadiran terbesar persembahan mereka semasa di Croke Park Dublin, Ireland pada 2017 iaitu lebih 80,000 orang hadir. - Getaran, 26 November 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chris Martin, Dakota Johnson Bertunang

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Manfaatkan Cuti Hujung Minggu Ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Malaysia: Lebih 4,000 Penyokong JDT Ke Stadium Nasional Bukit Jalil

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel