web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misbun 'Laris' Terima 5 Tawaran Dari Luar Negara

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 5:41PM

Bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM), Datuk Misbun Sidek. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM), Datuk Misbun Sidek, sudah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara selepas berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan senarai negara yang cuba memancingnya, Misbun berkata antara yang berminat mendapatkan khidmatnya itu dari negara jiran, manakala terdapat juga tawaran baginya untuk membimbing skuad senior.

“Sebenarnya dari dulu lagi sudah ada (tawaran) malah dalam beberapa minggu lalu selepas mereka tahu saya telah diberhentikan, namun saya mahu rehat dahulu.

“Kesemuanya bergantung kepada syarat tertentu yang saya letakkan, jika mereka setuju baru saya terima,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Misbun, yang memerlukan masa memikirkan tawaran diterimanya berkata buat masa ini, beliau akan memberi tumpuan terlebih dahulu dalam aspek pembangunan akar umbi di Kelab Badminton Nusa Mahsuri, yang diterajui beliau dan adik beradiknya.

Misbun memberi bayangan beliau tertarik melatih pemain Thailand, Singapura dan Eropah, memandangkan pemain mereka mempunyai potensi untuk mara lebih jauh.

“Berdasarkan tawaran diterima, terdapat pemain mereka yang menduduki 10 terbaik,” katanya sambil mengharapkan sentuhannya di luar nanti, mampu melahirkan seorang lagi pemain nombor satu dunia.

Beliau sebelum ini pernah menghasilkan tiga pemain nombor satu dunia iaitu Wong Choong Hann, Roslin Hashim dan Datuk Lee Chong Wei.

Dalam pada itu, Misbun tidak menolak kemungkinan untuk membawa adik yang juga bekas pemain beregu negara Datuk Seri Jalani Sidek sebagai pembantunya, sekiranya beliau berkelana di luar negara kelak.

“Selama ini Jalani jadi tulang belakang saya. Saya perlukan dia kerana dari segi analisis dia tahu, contohnya mengapa pemain tersebut tak smesy, itu antara kepakarannya,” kata beliau.

Walaupun sudah berusia 63 tahun, beliau mengakui masih belum puas dalam dunia sukan badminton dan bersedia menurunkan ilmu dimilikinya kepada pemain dari luar, setelah pernah mencurah bakti bersama BAM sebelum ini.

Selasa lepas, BAM mengesahkan Misbun secara rasmi meninggalkan badan induk sukan itu dan menganggap kemelut antara kedua-dua pihak telah selesai.

Misbun pada 9 Ogos lepas, dilaporkan sudah menghantar surat jawapan berhubung tawaran diberikan BAM, dalam usaha memujuknya kembali susulan penamatan kontrak selaku Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja ABM, bulan lepas.

Sebelum ini, BAM menerusi Jawatankuasa Khas diketuai Timbalan Presiden 1 BAM Datuk V. Subramaniam membuat keputusan menamatkan kontrak Misbun, berikutan prestasi hambar skuad badminton remaja di Kejohanan Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia, bulan lepas.

Misbun meninggalkan BAM buat kali pertama pada 2011 sebelum menyertai semula BAM untuk kali kedua pada 2017, sebagai Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki Kebangsaan.

Pada 2020, beliau dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan, diikuti sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja ABM tahun lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Solari, 6 Pemain Tinggalkan JDT

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Arena Badminton Negara Berduka Pemergian Dr Abdullah Fadzil

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Isu Pakaian: BAM Perlu Peka Kontrak Antara Pemain Profesional, Penaja

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar