web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Pakaian: BAM Perlu Peka Kontrak Antara Pemain Profesional, Penaja

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 1:58PM

Roslin Hashim. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu lebih bijak dalam isu pemakaian pemain profesional yang tidak boleh memakai pakaian sukan jenama selain daripada penaja badan induk itu jika mahu menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Bekas pemain perseorangan lelaki negara Roslin Hashim berkata BAM seharusnya peka dengan kontrak ditandatangani pemain profesional bersama penaja masing-masing sebelum ‘menguatkuasakan’ peraturan sedemikian.

“Apa motifnya BAM buat sebegini? Contohnya, jika Lee Zii Jia masuk latihan di ABM dan perlu pakai baju penaja mereka, sudah tentu penajanya akan saman. Adakah BAM mahu bayar saman? Mengapa pihak pengurusan BAM tak faham perkara ini?

“Di dalam kontrak tajaan, sudah termaktub bahawa pemain profesional harus pakai pakaian mereka tak kira dalam sesi latihan atau kejohanan. Sebab itu mereka takut kena saman (jika pakai pakaian selain penaja masing-masing) atau bayar denda kerana amaunnya bukan sedikit,” katanya kepada Bernama.

Roslin yang juga ahli Panel Penasihat Teknikal BAM berkata badan induk itu sepatutnya berbincang terlebih dahulu bersama pemain profesional mengenai langkah mereka mengenakan peraturan baharu itu jika mahu berlatih di ABM.

BAM pada tahun lalu membuka pintu buat pemain profesional untuk berlatih di ABM pada setiap hari Rabu dan Jumaat.

Menurut Roslin, beliau difahamkan peraturan itu masih baharu memandangkan tiada isu timbul bersama pemain profesional yang menjalani latihan bersama BAM sebelum ini.

“Sewaktu kem latihan Piala Sudirman 2023 sebelum ini pun tiada isu seperti ini. Malah, ketika saya bergelar pemain profesional dan berlatih bersama BAM dahulu pun saya tidak diwajibkan memakai pakaian penaja mereka,” katanya.

Semalam, Pengarah Kejurulatihan Team LZJ Wong Tat Meng dalam satu hantaran di laman Instagram berkata beliau benar-benar terkejut dan berasa seperti ‘dibuli’ orang besar memandangkan peraturan itu dikuat kuasa menjelang Kejohanan Badminton Dunia 2023 di Copenhagen dari 21 hingga 27 Ogos ini.

“BAM sering berkata tidak kira pemain kebangsaan mahupun pemain profesional, mereka semua adalah pemain Malaysia, dan kegemilangan dikongsi bersama,” katanya sambil mengharapkan agar perkara tersebut dapat dibincangkan BAM bersama pihaknya pada masa akan datang.

Zii Jia dalam satu ruangan komen hantaran Tat Meng pula berkata: “Jangan nanti cakap saya 'besar kepala' tak datang training (latihan) pula. Aishhhhh... susah nii nak jadi LZJ semua salah I (saya) pening,” 

Dalam pada itu, Pengarah Pentadbiran BAM Michelle Chai ketika menjawab pertanyaan peminat badminton tanah air di laman Twitter berkata peraturan itu dibuat bagi melindungi kepentingan pihak yang melabur di ABM. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad