web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arena Badminton Negara Berduka Pemergian Dr Abdullah Fadzil

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 2:21PM

Bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Allahyarham Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia pagi tadi. gambar Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Arena badminton negara hari ini berduka dengan pemergian seorang tokohnya, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan, yang pernah menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selama tujuh tahun.

Allahyarham yang berusia 78 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada 3 pagi tadi di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Dr Abdullah Fadzil pada awalnya berkhidmat sebagai Timbalan Presiden BAM kepada Allahyarham Tan Sri Elyas Omar, yang menyaksikan Malaysia merangkul Piala Thomas buat kali terakhir pada 1992 dan meraih pingat pertama di Olimpik menerusi adik-beradik Sidek, Datuk Razif-Datuk Seri Jalani dalam acara beregu lelaki di Olimpik Barcelona 1992.

Allahyarham yang juga juga bekas Timbalan Menteri Luar (1987-1995) dan Timbalan Menteri Pertahanan (1995-1999), kemudian mengambil alih pucuk kepimpinan BAM dan berkhidmat sebagai Presiden BAM bermula 1993 hingga 2000.

Pada tempoh itu juga, Malaysia meraih pingat perak pertama di Sukan Olimpik menerusi gandingan beregu lelaki Datuk Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock di edisi Atlanta 1996, selain pingat pertama dalam acara perseorangan apabila Datuk Rashid Sidek raih gangsa perseorangan lelaki.

BAM dan Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, turut bersedih dengan pemergian Dr Abdullah Fadzil, yang dikenang sebagai tokoh yang telah menabur bakti kepada tanah air, terutamanya kepada sukan badminton.

“Salam takziah kepada keluarganya. Sumbangan Allahyarham kepada sukan badminton akan sentiasa dihargai.

”Pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada negara. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” kata Mohamad Norza ketika dihubungi.

Beliau merupakan Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja dan Ahli Parlimen Bukit Gantang bermula 1986 hingga 2004, meninggalkan seorang balu Datin Seri Ezatul Hamsiah Hussein dan tujuh orang anak.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar