web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pilih Atur Saingan 5 Liga Utama Eropah

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 3:36PM

Penyokong Inter Milan meraikan kejayaan pasukan itu menjuarai Liga Serie A. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesemua lima liga utama di Eropah menamatkan saingan pada hujung minggu lepas tetapi masih banyak lagi perkara yang belum jelas, terutama mengenai siapa yang akan menjadi juara di Sepanyol dan Perancis.

Saingan setiap divisyen masih sengit menjelang penghujung musim, sama ada untuk kejuaraan liga, kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah ataupun mengelak relegasi.

Menjelang penamat musim yang dijangkakan penuh dengan drama untuk kempen Liga Perdana Inggeris, La Liga, Liga 1, Serie A dan Bundesliga kami tinjau saingan di setiap liga.  

Liga Perdana Inggeris

Manchester City telah menjuarai liga dengan tinggal baki tiga perlawanan lagi, menjadikan mereka pasukan pertama menjadi juara selepas berada di tangga kelapan pada Hari Krismas.

Ketiga-tiga tempat relegasi juga telah ditentukan dengan tinggal tiga lagi baki perlawanan, satu rekod Liga Perdana Inggeris, dengan Fulham menyertai Sheffield United dan West Brom turun ke liga Championship.

Kini hanya tinggal saingan untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah, dengan Manchester United dijamin untuk menamatkan musim di tempat empat teratas, namun lima lagi pasukan, Leicester, Chelsea, Liverpool, Tottenham dan West Ham masih berpeluang untuk merebut dua lagi tempat, dengan tinggal dua baki perlawanan.

Persaingan untuk ke Liga Europa, pasukan yang berada di tempat kelima dan keenam serta persaingan sulung Liga Persidangan Europa, untuk pasukan di tempat ketujuh, bermakna semua pasukan daripada Leeds yang berada di tangga ke-10 hingga ke Leicester di tangga ketiga mempunyai sesuatu untuk dimainkan.

La Liga

Saingan kejuaraan liga Sepanyol sangat sengit dengan Atletico Madrid mendahului seteru utama mereka Real Madrid dengan dua mata di persada liga, berbaki dua lagi perlawanan.

Atletico yang mendahului liga untuk 29 hari perlawanan, perlu menyamai keputusan Real menentang Villarreal apabila bertandang ke Real Valladolid pada hari terakhir musim ini.

Perlu diingat Real mempunyai rekod pertembungan yang lebih baik menentang Atletico, bermakna keputusan seri tidak cukup buat peneraju liga itu.

Barcelona telah tersingkir daripada saingan kejuaraan liga, tetapi mereka dijamin menamatkan saingan di tempat empat teratas bersama Sevilla.

Real Sociedad dan Real Betis pula menduduki tempat Liga Europa manakala Villarreal berada di tempat Liga Persidangan Europa, dengan hanya satu mata memisahkan ketiga-tiga pasukan.

Menyulitkan lagi keadaan, Villarreal masih lagi ada peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah jika berjaya mengalahkan Manchester United pada final Liga Europa, minggu depan.

Di bahagian bawah liga, Eibar telah tersingkir dengan dua pasukan sama ada Valladolid, Elche atau Huesca akan menyertai mereka.

Liga 1

Saingan kejuaraan Liga 1 Perancis kini tinggal tiga pasukan, Lille, Paris Saint-Germain (PSG) dan Monaco.

Lille mendahului PSG dengan satu mata, berbaki satu lagi perlawanan.

Sementara Monaco, yang menang tujuh daripada lapan permainan, terpisah tiga mata di tangga ketiga.

Mereka memerlukan dua pasukan di hadapan untuk kalah dan juga perlu mengalahkan Lens. Jika persaingan harus ditentukan dengan perbezaan jaringan, PSG mempunyai kelebihan besar ke atas kedua-dua pasukan itu.

PSG masih belum terjamin untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah kerana Lyon di tangga keempat ketinggalan hanya tiga mata di belakang pasukan dari Paris itu.

Tetapi juara bertahan itu perlu kalah dan Lyon harus menang dengan perbezaan 16 gol untuk melayakkan diri ke Eropah musim depan.

Serie A

Selepas Inter Milan dinobatkan sebagai juara liga Itali untuk kali pertama dalam 11 tahun pada awal bulan ini, jalan cerita yang tinggal adalah di mana Juventus akan menamatkan saingan musim ini.

Juventus telah menamatkan saingan liga sebagai juara untuk sembilan musim tetapi berada di tangga kelima sekarang.

Juve berada satu mata di belakang Napoli dan AC Milan yang berada dua tempat di atas pasukan dari Turin itu.

Atalanta tiga mata di hadapan di tempat kedua dan mempunyai rekod pertembungan lebih baik berbanding Juve.

Bundesliga

Leipzig memberikan saingan sengit kepada Bayern Munich pada awal musim tetapi gagal menyekat kemaraan Bayern ke kejuaraan liga ke sembilan mereka berturut-turut.

Leipzig juga dijamin untuk menamatkan musim di tempat kedua. Borussia Dortmund dan Wolfsburg akan menyertai mereka di Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Eintracht Frankfurt dan Bayer Leverkusen akan menamatkan saingan di posisi kelima dan keenam.

Juara liga tujuh kali Schalke akan bersaing di liga kedua Jerman musim depan, tetapi Cologne dan Werder Bremen masih mempunyai peluang untuk menyelamatkan diri dari penyingkiran.

Mereka berada dua dan satu mata di belakang Arminia Bielefeld yang berada di tangga ke 15. - beIN Sports

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad