web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Final Di Kaherah Tonik Terbaik Untuk Farah Ann Sebelum Ke Tokyo

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2021 8:39AM

Farah Ann beraksi di Sukan Asia Jakarta pada 2018. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas lebih setahun tidak bersaing dalam sebarang pertandingan disebabkan penularan pandemik COVID-19, Piala Cabaran FIG (Persekutuan Gimnastik Antarabangsa)  di Kaherah, Mesir bulan depan tersedia sebagai pentas untuk gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi menguji prestasi diri.

Kali terakhir ratu gimnastik artistik negara itu bersaing secara kompetitif ialah pada Sukan SEA Manila 2019 yang menyaksikan beliau merangkul tiga pingat emas dalam acara all-around individu, senaman lantai dan palang bertingkat.

Ketua jurulatih gimnastik artistik wanita kebangsaan Ng Shu Wai percaya Farah Ann akan berjaya ke pentas akhir dalam acara all-around di Kaherah.

“Farah Ann akan mengambil bahagian dalam tiga disiplin iaitu palang bertingkat, kekuda pelana dan senaman lantai,”  katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bekas Olimpian itu menjangkakan Farah Ann tidak mempunyai masalah untuk meraih kejayaan di Kaherah yang pastinya membantu atlet kelahiran Selangor berusia 27 tahun tersebut membina momentum sebelum penampilan sulung Olimpik beliau di Tokyo pada Julai depan.

Menurut Ng, menjelang Olimpik Tokyo itu, Farah Ann akan menyertai beberapa pertandingan dalaman sebelum berlepas ke Jepun untuk bersaing di temasya pelbagai sukan terbesar dunia tersebut.

Farah Ann menjadi atlet gimnastik artistik pertama Malaysia yang layak ke Olimpik dalam tempoh 20 tahun selepas beliau menamatkan sesi kelayakan disiplin all-around individu di Kejohanan Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman di tempat ke-16 daripada 20 gimnas.

Olimpik Tokyo dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Sementara itu, Ng mengesahkan Farah Ann tidak akan “bersendirian” pada kejohanan di Kaherah kerana beliau turut diiringi oleh dua lagi gimnas, Tan Ing Yueh dan Geanie Ng Ee Ling.

Ing Yueh akan bersaing dalam disiplin melombol, palang bertingkat serta kekuda pelana sementara Geanie pula dalam acara melombol dan senaman lantai, kata jurulatih berusia 35 tahun itu.

Piala Cabaran FIG dijadualkan dari 3 hingga 6 Jun ini di Cairo International Stadium. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bertemu Diaspora Malaysia Di Tokyo

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hentikan Segera Serangan Di Gaza - Anwar

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad