Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

Selain hotel dan hostel, penginapan di rumah percutian berikan kenangan berbeza dan menyeronokkan

Jelajah Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 12:33PM

Pemandangan luar SY House. gambar Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selalunya jika ke luar negara, penulis lebih suka menginap di hotel kerana ia menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk keselesaan tetamu. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk bermalam di rumah percutian kerana ‘malas’ untuk mengemas ini dan itu. 

Namun, persinggahan penulis ke Tokyo pada hujung Januari  lalu lain pula ceritanya.  Demi sebuah pengalaman yang berbeza di negara matahari terbit itu, penulis mengambil kesempatan untuk menginap di rumah percutian warga tempatan. 

Ruang tamu Sy House
Ruang tamu Sy House

Pencarian di platform Airbnb membawa penulis ke SY House, yang terletak di Honmachi, Shibuya City, Tokyo. Satu faktor yang membuat hati tertarik untuk menginap di sini adalah, rumah ini bolehlah dikatakan masih baru kerana ia hanya siap dibina pada  2020. Selain itu, foto-foto yang dikongsi juga cantik. Begitu juga dengan ulasan daripada tetamu terdahulu, semuanya positif. 

Bagaimanapun, ada satu kekurangan iaitu kemudahan pengangkutan awam. Satu-satunya stesen kereta api bawah tanah yang ada di Honmachi adalah Stesen Hatsudai di Laluan Baharu Keiō (laluan merah). 

Kawasan kejiranan Honmachi.
Kawasan kejiranan Honmachi.

Tapi, tak kisah pun kerana penulis memang mahu mengambil teksi sebaik sampai dengan beg besar. Hari-hari lain boleh sahaja berjalan kaki selama 10 ke 15 minit untuk ke stesen kereta api. 

“Bolehlah nikmati dinginnya cuaca di musim sejuk”, itu yang terlintas di fikiran.

Paling penting, penulis mahu tinjau keadaan rumah warga Tokyo yang kos sara hidupnya cukup tinggi. 

Selama seminggu menginap di rumah ini, tidak ada kejadian yang menjengkelkan berlaku. Semuanya okay. Ia adalah sebuah rumah tiga tingkat dengan dua bilik tidur dan ruang tamu yang selesa, di kawasan kejiranan yang sangat tenang dan selamat. 

Dapur dilengkapi pelbagai kemudahan.
Dapur dilengkapi pelbagai kemudahan.

Biarpun tiga tingkat, ia adalah rumah kecil yang ideal untuk dua hingga empat orang tetamu. Tingkat bawah menempatkan bilik mandi dan bilik tidur kedua serta ruangan mesin basuh.

Tingkat dua pula menempatkan ruang tamu yang bersambung dengan ruang makan dan dapur, serta tandas. Manakala tingkat paling atas menempatkan bilik tidur utama. 

Pujian untuk pemilik rumah, Seika Yoshioka kerana memastikan kebersihan rumah ini ‘tip top’. Kemudahan yang disediakan juga lengkap.

Selain mesin basuh, dapur modennya lengkap dengan ketuhar gelombang mikro, pembakar roti dan mesin kopi. Malah, alatan dan bahan-bahan untuk memasak seperti garam, gula, dan beras juga turut tersedia. Memang tak lokek.

Bilik tidur utama yang selesa di aras tiga.
Bilik tidur utama yang selesa di aras tiga.

Seronok dapat bermalas-malasan macam di rumah sendiri. Patutlah ramai kenalan yang suka tempah Airbnb apabila bercuti. Selain boleh susun jadual sendiri, boleh merasai pengalaman berada di kejiranan luar negara. Jauh dari hiruk-pikuk walaupun jaraknya tidaklah sejauh mana.

Lain, memang lain. Biarpun rumah dibina dekat-dekat, tetapi suasana sekeliling sepi. Sesekali terdengarlah jiran yang lalu-lalang di hapadan rumah. Oh ya! Kawasan sekeliling juga bersih. 

Pendek kata, penulis memang berangan kononnya sudah menetap di luar negara. Jalani hari  ikut rentak sendiri, Bangun pagi, bancuh kopi, sediakan sarapan ringkas, dan tonton Netflix. Menjelang tengahari, barulah keluar untuk makan tengahari dan ke tempat-tempat menarik.   

Bilik air.
Bilik air.

Mungkin anda bukanlah pengembara yang ‘sekepala’ dengan penulis, tetapi inilah yang boleh dilakukan jika anda bermalam di rumah percutian. Tiada orang luar, hanya anda dan pasangan atau keluarga. Lebih privasi, mungkin juga lebih menjimatkan kerana anda boleh sediakan makanan sendiri. 

Maklumlah harga makanan di Tokyo bukanlah murah. Harga semangkuk ramen pun boleh mencecah RM50. Bayangkan jika anda bercuti sekeluarga, dan perlu makan di luar sebanyak dua atau tiga kali sehari. Tinggi juga kosnya bukan?Cuma adalah ‘house rules’ yang perlu patuhi. Hormatilah hak orang lain.

SY House juga menyediakan kemudahan WiFi seandainya anda perlu bekerja. Jadi tak perlu risau.

Persimpangan Shibuya hanya terletak 13 minit dari Sy House jika anda memandu sendiri.
Persimpangan Shibuya hanya terletak 13 minit dari Sy House jika anda memandu sendiri.

Kalau punya rencana ke Tokyo dan berkenan dengan rumah comel  ini, boleh buat tempahan di platform Airbnb. Apa-apa kemusykilan boleh ajukan soalan di situ sebelum buat tempahan. Kalau tak suka, boleh cari yang lain kerana ada senarai yang panjang di platform itu. – Getaran, 4 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 bulan yang lalu

Bersama Airbnb, Daiyan Trisha Galak Pelancongan Bertanggungjawab 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Bertemu Diaspora Malaysia Di Tokyo

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket

4

Luar Negara 8 bulan yang lalu

Tokyo Keluar Amaran Merah Risiko Strok Haba Di Beberapa Bandar

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Jelajah 7 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN