Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bersama Airbnb, Daiyan Trisha Galak Pelancongan Bertanggungjawab 

Kolaborasi ini untuk menggalakkan pelancongan yang selamat dan bertanggungjawab di negara ini 

Jelajah Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 8:43PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, Daiyan Trisya menerusi satu hantaran di Instagram dilihat telah berkongsi tentang percutiannya bersama Airbnb. 

Sebagai seorang pengguna Airbnb, dia juga menggalakkan tetamu cara untuk memanfaatkan penginapan Airbnb dengan sepenuhnya di samping menghormati peraturan-peraturan hos dan rumah.  

Anda sendiri bagaimana? Suka menginap di Airbnb? Jika suka, adakah anda sama seperti Daiyan yang menghormati hos dan bertangggungjawab dengan penginapan yang ditempah?

Suka atau tidak, sebenarnya masih ramai individu yang tidak membudayakan pelancongan selamat dan bertanggugjawab. 

Ada banyak kes di mana hos rumah mendapati rumah mereka ditinggalkan dalam keadaan kotor dan bersepah, malah ada juga kes yang melibatkan kerosakan harta-benda.

Dek itulah, Airbnb  bergandingan dengan Daiyan Trisha untuk menggalakkan pelancongan yang selamat dan bertanggungjawab di negara ini. 

Berdasarkan data daripada tinjauan ClearPath Strategies yang dianjurkan oleh Airbnb, antara 8 Februari hingga 2 Mac 2023, hampir 60 peratus daripada responden berkata mereka mungkin akan melancong dengan Airbnb pada masa akan datang.

Melangkah ke 2024, Airbnb meneruskan komitmen mereka untuk memberikan pengalaman menyenangkan kepada tetamu dan hos rumah yang menggunakan platform mereka. 

Video yang dikongsi oleh Daiyan itu merupakan salah satu pendekatan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong secara bertanggungjawab dan menganggap rumah hos seperti rumah mereka sendiri.

 “Tidak kira perjalanan untuk tujuan kerja ataupun percutian bersama keluarga, saya sentiasa berusaha mencari penginapan terbaik, yang membolehkan saya mencipta kenangan indah bersama orang tersayang.

“Airbnb adalah salah satu platform kegemaran saya semasa melancong, baik di dalam mahupun di luar negara. Selain menawarkan pelbagai penginapan yang unik dan tersendiri, menginap di Airbnb adalah cara kegemaran saya untuk meneroka kawasan itu dan menghayati kehidupan tempatan. Jadi, saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan Airbnb bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk memainkan peranan bersama dan menjadikan pelancongan menyeronokkan buat semua,” ujar Daiyan.

Ketua Dasar Awam Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong & Taiwan, Mich Goh pula berkata pihaknya berharap kolaborasi bersama Daiyan ini dapat menghasilkan tabiat percutian yang lebih bertanggungjawab di masa hadapan.

“Airbnb komited untuk menyokong komuniti Hos kami di Malaysia, serta ramai pengembara yang ingin mencari penginapan yang unik dan tersendiri di negara ini.

“Bersama-sama dengan Daiyan, kami berharap dapat menggalakkan tingkah laku tetamu yang bertanggungjawab, bagi memastikan pelancongan terus menjadi pengalaman yang bermanfaat dan positif untuk hos, tetamu, serta komuniti yang lebih luas,” katanya.

Bagi menyokong hos dan tetamu di seluruh dunia, Airbnb mempunyai satu pasukan ‘Sokongan Komuniti Global’ yang menawarkan perkhidmatan 24 jam setiap hari. Selain itu, setiap tempahan di Airbnb akan disertakan dengan perlindungan AirCover untuk hos dan tetamu secara percuma. 

AirCover untuk hos menyediakan perlindungan menyeluruh untuk Hos, manakala AirCover untuk tetamu menyediakan sokongan kepada tetamu bagi masalah-masalah serius yang berkaitan dengan tempahan atau penginapan.

Di Malaysia, Airbnb bakal melancarkan kit sokongan bangunan strata untuk hos, termasuk ‘Kod Tatakelakuan’ pertama industri untuk STRA di Malaysia. Talian Sokongan Kejiranan dalam Bahasa Melayu juga tersedia di platform ini, yang membolehkan ahli komuniti melaporkan sebarang isu yang membabitkan penginapan Airbnb berdekatan. - Getaran, 20 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket

3

TARA 10 bulan yang lalu

Terokai Asteroid City Di Airbnb, 8 Penginapan Untuk Hasilkan Karya Versi ‘Wes Anderson’ Anda Sendiri

4

TARA 11 bulan yang lalu

Bermalam Di Atas Pentas Peragaan, Dekati Kumpulan K-pop ENHYPEN

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Selera 8 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 4 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

oleh Rahayu MN