web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2024 8:56PM

Perdana Menteri (kanan) bersalaman dengan antara pemimpin industri yang hadir - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal sebagai destinasi dan pilihan terbaik untuk membuat pelaburan.

Memberikan jaminan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut disuarakan pada pertemuan bersama barisan pemimpin industri dan perniagaan meliputi pelbagai sektor yang berpusat di Jepun.

Menurut beliau, Malaysia memiliki kestabilan dan ekosistem pelaburan yang kondusif untuk mana-mana syarikat merealisasikan pelaburan ke dalam negara.

“Antara peluang pelaburan di Malaysia yang dibincangkan merangkumi industri minyak dan gas, tenaga boleh baharu, hidrogen dan amonia, industri halal dan semikonduktor.

“Antara syarikat yang terlibat adalah IHI Corporation, Nisshin OilliO Group Ltd., Tokuyama Corporation, Sumitomo Corporation, ENEOS, Mitsubishi Corporation dan Tokyo Gas,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Perdana Menteri memberitahu, beliau juga mensyaratkan agar komitmen semua syarikat itu disusuli secara rapi supaya pelaburan ke dalam negara dapat direalisasikan dalam masa yang ditetapkan.

“Dengan adanya interaksi kerajaan dengan para pelabur seperti ini akan terus memberikan peluang yang besar buat negara kita bagi menarik lebih banyak pelaburan daripada Jepun, Insya Allah,” katanya.

Perdana Menteri (kiri) pada pertemuan bersama Fumio Kishida - Gambar PMO
Perdana Menteri (kiri) pada pertemuan bersama Fumio Kishida - Gambar PMO

Terdahulu, Anwar sempat mencuri waktu untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida.

“Dalam pertemuan ini, kami berdua dapat menilai kemajuan kerjasama antara kedua-dua negara meliputi bidang pelaburan, perdagangan, teknologi tinggi, peralihan tenaga, kerjasama alam sekitar, pertahanan dan keselamatan, pembangunan keupayaan dan bakat serta pendidikan tinggi.

“Kami berdua juga turut menyentuh isu-isu lain yang menjadi kepentingan bersama termasuk konflik di Palestin yang mana saya sekali lagi menyatakan solidariti buat rakyat negara itu,” katanya.

Jelas Anwar, Jepun juga telah menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin melingkupi aspek kesihatan, pengurusan sisa pepejal dan pembangunan semula kawasan yang musnah.

“Saya berharap agar hubungan dengan Jepun terus diperkasa sekali gus dapat menarik minat lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang