web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hentikan Segera Serangan Di Gaza - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 9:03AM

Perdana Menteri (tengah) ketika tiba di Kaherah, Mesir untuk lawatan kerja dua hari - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAHERAH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara utama perlu dilakukan semua pihak termasuk kuasa-kuasa besar bagi meredakan sementara konflik yang meruncing di Gaza ketika ini ialah menghentikan serangan di kawasan itu.

Anwar berkata pembunuhan kanak-kanak, wanita dan rakyat Palestin yang tidak berdosa di Gaza mesti dihentikan.

“Malaysia bukanlah negara besar, bukan negara Arab, bukan negara Teluk yang berjiran dengan Palestin. Tetapi kita bertanggungjawab menyuarakan hati nurani umat dan rakyat Palestin,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dengan diaspora dan pelajar Malaysia di Mesir di sini, malam tadi.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,200 rakyat Malaysia itu antaranya turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan, Duta Besar Malaysia ke Mesir Zamani Ismail dan pegawai-pegawai kedutaan Malaysia di Kaherah.

Menurut Anwar beliau juga kesal kerana negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah seolah-olah ‘tidak mempunyai masa’ untuk menghentikan kezaliman, penindasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin di Gaza selain bersikap dingin terhadap usaha penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata beliau memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan tanggungjawabnya membanteras gejala rasuah di negara ini.

Ketika menjawab pertanyaan diaspora pada majlis ramah mesra itu, Anwar berkata beliau yakin gejala rasuah di negara ini boleh diatasi dengan sokongan semua pihak termasuk pemimpin tertinggi negara tidak terkecuali Perdana Menteri, perlu mengelak menggunakan kedudukan untuk mengumpul kekayaan.

Anwar kini berada di Kaherah dalam lawatan kerja dua hari ke Mesir dan esok (23 Okt) beliau dijadual menghadap Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al Ittihadiya.

Perdana Menteri turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 5 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad