Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerana COVID-19 Hariss Harun, JDT Berpisah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 8:15PM

Hariss Harun menabur bakti bersama JDT selama tujuh tahun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan yang tunjang bahagian tengah pasukan itu, Hariss Harun, akan meninggalkan juara tujuh kali Liga Super itu.

Pemain dari Singapura itu menabur bakti dengan JDT selama tujuh tahun dan berjaya merangkul pelbagai kejuaraan termasuk enam kejuaraan Liga Super dan Piala AFC pada 2015.

Difahamkan pemain berusia 30 tahun itu dan JDT mencapai persefahaman untuk menamatkan kontrak bersama kerana Hariss ingin kembali ke Singapura atas urusan keluarga. Beliau mengalami kesukaran untuk berulang-alik ke Singapura lebih kerap disebabkan pandemik COVID-19.

Harris menjadi pemain pertama yang dibeli oleh pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2014 selepas setahun mengambil alih pasukan itu.

“Saya bertemu pemuda ini dan memberitahu beliau tentang projek saya, aspirasi, serta apa yang tidak lengkap pada kelab dan bertanya seandainya beliau boleh membantu.

“Beliau sudah hampir ke Portugal ketika itu tetapi saya yakinkan beliau ke sini untuk memenangi kejuaraan,” kata Tunku Ismail merujuk kepada Hariss yang hampir menyertai kelab Portugal, Rio Ave.

Tunku Ismail menambah yang beliau berjaya meyakinkan Hariss untuk tidak berkelana ke Portugal walaupun JDT pada masa itu bukan kelab yang gah seperti sekarang.

“Beliau bersetuju untuk bersama-sama dengan kami ketika pasukan ini tidak mempunyai apa-apa.

“Tiada pusat latihan, tiada pengangkutan rasmi, tiada pejabat dan pelbagai lagi.

“Hari ini, JDT telah menjadi sangat berjaya dan Harris Harun telah menjadi bahagian yang penting dalam kelab ini.

“Hariss, saya secara peribadi dan bagi pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya dalam karier anda. Anda sentiasa akan mendapat sokongan saya, sokongan kami dan anda akan sentiasa menjadi sebahagian dari keluarga JDT, dan seorang legenda JDT,” tambahnya.

Mengulas tentang pemergiannya dari JDT, Hariss berkata:

“Mengenang hari pertama saya di sini, sehingga kejayaan yang dimiliki kelab pada hari ini, saya merasa beruntung dapat menyaksikan transformasi JDT. Kenangan-kenangan yang akan bersama saya selamanya.

“Persahabatan yang terjalin dengan jurulatih, pegawai dan rakan sepasukan, saya belajar sesuatu dari setiap mereka.

“Kepada penyokong JDT, saya memegang erat pada semangat dan sokongan yang tiada tandingnya, suasana alunan-alunan yang bersemarak di Stadium Larkin dan kemudian di Stadium Sultan Ibrahim adalah antara memori terindah bagi saya.

“Kepada Boss TMJ (Tunku Ismail), saya amat berterima kasih dan tidak akan dapat membalas kepercayaan yang diberikan kepada saya ketika Tuanku membawa saya ke kelab dan memberi saya peluang untuk memimpin pasukan pada tahun-tahun terakhir saya di kelab,” kata kapten pasukan JDT itu.

Hariss meninggalkan JDT selepas membuat 97 penampilan, menjaringkan 12 gol dan melakukan lima bantuan jaringan. - Getaran, 10 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi