web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalah Kepada Chelsea, City Tangguh Rai Kejuaraan Liga

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 7:44AM

Alonso meraikan jaringan kemenangan Chelsea menentang City. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - City terpaksa menangguhkan perayaan merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka selepas kalah 2-1 kepada Chelsea awal pagi tadi.

Kemenangan itu menguatkan lagi pegangan The Blues terhadap posisi empat teratas liga dan Liverpool pula memastikan peluang untuk mereka layak untuk beraksi di Eropah musim depan kekal cerah selepas menundukkan Sotuhampton 2-0.

Kemenangan buat City bermakna mereka akan dinobatkan sebagai juara liga untuk kali ketiga dalam empat musim, tetapi Chelsea memaksa mereka menunggu untuk disahkan sebagai juara musim ini.  

Ratusan penyokong City berkumpul di luar Stadium Etihad dengan harapan dapat sorakan mereka dapat membantu The Citizens menang.  

Dan anak buah Pep Guardiola bermula dengan garang selepas Raheem Sterling membuka jaringan di minit ke-44.

Tetapi Hakim Ziyech menyamakan kedudukan di babak kedua sebelum Marcos Alonso menjaringkan gol kemenangan Chelsea di minit akhir perlawanan.

Kemenangan ini memastikan pasukan London itu berada di tangga ketiga liga di atas Leicester dan menjarakkan diri enam mata daripada West Ham di tempat kelima dengan tinggal tiga lagi perlawanan untuk anak buah Thomas Tuchel.

Guardiola kecewa dengan cara pasukannya dikalahkan, hanya kekalahan kelima musim ini, tetapi mereka mendahului Manchester United dengan 13 mata.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp pula gembira melihat pasukannya kembali menang selepas seri dua kali dengan Sadio Mani dan Thiago Alcantara menjaringakan gol buat pasukan itu.

Dalam perlawanan lain Crystal Palace menundukkan Sheffield United 2-0 dan Leeds mengalahkan Tottenham 3-1. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad