web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ed Sheeran Taja Jersi Ipswich Musim Depan

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 5:01PM

Gambar: Instagram @teddysphotos dan Twitter @IpswichTown

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Pemuzik dan pemenang Anugerah Grammy, Ed Sheeran akan menaja jersi untuk pasukan Ipswich Town musim hadapan, umum kelab itu.

Logo penyanyi yang berasal dari Suffolk itu akan terpapar pada jersi pasukan pertama lelaki dan wanita.

Ipswich kini sedang bersiap sedia menyertai musim ketiga bagi Liga Satu selepas aksi yang mengecewakan, namun baru-baru ini kelab tersebut telah diambil alih oleh sebuah konsortium Amerika Syarikat.

“Kelab bola sepak ini memainkan peranan penting kepada masyarakat tempatan dan ini adalah cara saya untuk menunjukkan sokongan,” kata Sheeran dalam laman web rasmi kelab itu.

“Meluangkan masa ke Portman Road adalah aktiviti yang cukup menggembirakan buat saya dan saya tak sabar untuk memenuhi stadium itu apabila penyokong dibenarkan masuk ke stadium lagi.

“Dengan adanya pemilik baru dari Amerika Syarikat, musim baru ini cukup mengujakan buat para peminat Ipswich, termasuk saya.”

Sheeran akan menyertai kumpulan pemuzik elit yang menaja pasukan sukan, termasuk Wet Wet Wet (Clydebank), Super Furry Animals (Cardiff City) dan Def Leppard (ragbi bawah 10 tahun Rhiwbina).

Kapten pasukan England, Harry Kane menaja jersi pasukan dari Liga Dua, Leyton Orient dengan ucapan terima kasih kepada pekerja barisan hadapan yang bertungkus-lumus pada musim pandemik ini, logo hospis kanak-kanak Haven House serta logo pertubuhan kebajikan kesihatan mental, Mind. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad