web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Penyerang Manchester United, Atletico Madrid, Falcao Dikaitkan Ke JDT

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 4:28PM

Radamel Falcao - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas penyerang pinjaman Manchester United dan pemain kebangsaan Colombia, Radamel Falcao dikaitkan dengan perpindahan ‘mengejutkan’ apabila sedang berunding untuk menyertai juara Liga Super sembilan kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut laporan akhbar Sepanyol, Marca, Falcao yang masih mempunyai kontrak bersama Rayo Vallecano yang bersaing dalam LaLiga sehingga Jun ini, sedang menilai tawaran untuk menandatangani kontrak bersama Harimau Selatan.

Laporan itu menyatakan skuad bimbingan Esteban Solari itu mahukan Falcao untuk dua musim akan datang sebelum menjadikan penyerang berusia 37 tahun yang diberi julukan El Tigre sebagai duta kelab dan negeri Johor pascapersaraan.

“Sementara menunggu rundingan terakhir dengan pasukan, penyerang itu (Falcao) sudah menunjukkan dirinya sanggup menghadapi perjalanan profesional baharu walaupun dia juga dalam senarai pilihan Peter Lim untuk memperkuat Valencia,” menurut laporan itu.

Valencia yang dimiliki ahli perniagaan Singapura, Peter Lim, dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmat Falcao yang pernah menyarung jersi United pada musim 2014-2015.

Sekiranya menyertai JDT, ia akan menjadi kelab kesepuluh dalam kariernya selepas mencipta nama bersama beberapa kelab terkenal serata dunia antaranya River Plate, FC Porto, Atletico Madrid, AS Monaco, Chelsea dan Galatasaray.

Antara kejuaraan pernah dikecapi Falcao ialah dua gelaran Liga Europa masing-masing bersama Porto pada musim 2010-2011 dan Atletico Madrid (2011-2012) selain pernah membantu Atletico Madrid menjuarai Piala Super UEFA pada 2012.

Bagaimanapun, Falcao hanya boleh membuat penampilan di Liga Super selepas jendela pendaftaran kedua dibuka bermula 5 Julai sehingga 1 Ogos ini.

JDT yang diperkuat dengan kehadiran beberapa muka baharu memulakan kempen Liga Super musim ini dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali keenam berturut-turut selepas menewaskan Terengganu FC 2-0, minggu lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan