web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Percayakan Zii Jia - Choong Hann

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 12:24PM

Lee Zii Jia menerima banyak kritikan selepas beliau tersingkir pada pusingan awal Terbuka Malaysia diikuti Terbuka India baru-baru ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tenang dan percayakan Lee Zii Jia, kata pengarah kejurulatihan perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann.

Choong Hann berkata jaguh perseorangan profesional kebangsaan itu kini mungkin sedang berdepan saat sukar, namun beliau percaya Zii Jia memerlukan masa untuk membuktikan dirinya.

Meskipun Zii Jia meninggalkan BAM setahun lepas, beliau berkata masih terlalu awal untuk menilai pemain nombor dua dunia itu kerana Zii Jia mungkin masih dalam proses memperkukuhkan kedudukan sebagai pemain profesional.

“Kita perlu beri kepercayaan terhadap apa jua keputusan Zii Jia,” kata Choong Hann.

Pemain berusia 24 tahun itu menerima banyak kritikan selepas beliau tersingkir pada pusingan awal Terbuka Malaysia diikuti Terbuka India baru-baru ini.

Zii Jia tewas kepada pemain meningkat naik Jepun, Kodai Naraoka, 21-13, 17-21, 19-21, dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia minggu lepas dan kalah kepada Li Shi Feng dari China dalam pusingan kedua Terbuka India, 11-21, 21-14, 18-21, Khamis lepas. 

Choong Hann berkata juara bertahan Asia itu agak tidak bernasib baik apabila tersingkir awal dalam kedua-dua kejohanan tersebut.

"Zii Jia mampu menang jika beliau lebih tenang dan tidak melakukan banyak kesilapan pada saat-saat genting,” katanya.  

Justeru, beliau berharap juara All England 2021 itu akan memperbaiki beberapa aspek penting dan akhirnya dapat bermain dengan lebih baik daripada prestasi sekarang.

Sementara itu, Choong Hann berpuas hati dengan kemajuan dicapai pemenang perak Sukan Komanwel 2022, Ng Tze Yong, meskipun ditundukkan Naraoka, 21-15, 19-21, 15-21, pada pusingan kedua Terbuka Malaysia diikuti kekalahan kepada Shi Feng, 19-21, 14-21, pada Terbuka India, Rabu lepas.

Meskipun Tze Yong sedang merapatkan jurang dengan perseorangan handalan yang lain, Choong Han berkata pemain nombor 27 dunia itu masih kurang dari segi membuat keputusan pantas ketika beraksi dalam gelanggang.

“Saya rasa beliau menunjukkan kemajuan yang baik dan kami gembira dengan kemajuannya. Bagaimanapun, saya dapat lihat kadangkala beliau keliru apabila lawan cuba mengubah taktik dengan cepat, namun itu akan berubah apabila beliau ada lebih banyak pengalaman perlawanan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 minit yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad