web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FSG Tolak Tawaran Lumayan Untuk Beli Liverpool

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 11:20AM

(Dari kiri) Werner dan Henry tiada rancangan untuk menjual Liverpool. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fenway Sports Group (FSG), pemilik kelab bola sepak Liverpool, telah menolak tawaran berjumlah RM17.1 bilion untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris tersebut, mengikut laporan media tempatan.

Tawaran tersebut, yang difahamkan hadir daripada pelabur dari Timur Tengah, telah dibuat  kepada FSG pada malam Ahad minggu lepas sebelum pemilik utama John W Henry terlibat dengan perbincangan untuk Liverpool menyertai Liga Super Eropah (ESL), menurut akhbar The Mirror.

Walaupun kehilangan pendapatan sebanyak RM570 juta disebabkan oleh pendemik coronavirus tawaran tersebut ditolak oleh pemilik Liverpool.  

The Mirror juga mendakwa yang berikutan kemarahan yang disasarkan kepada FSG kerana pelan menyertai ESL, ramai pembida lain sedang menunggu dan melihat jika pendirian Henry dan Pengerusi Liverpool Tom Werner akan berubah akibat kecaman yang dihadapi.

Hubungan FSG dengan para penyokong Liverpool telah bertukar menjadi tegang kerana dituduh mengutamakan keuntungan daripada kejayaan.

Ini kerana The Reds telah mengeluarkan perbelanjaan yang lebih sedikit berbanding pesaing mereka untuk membeli pemain baharu.

FSG membeli Liverpool pada 2010 daripada Tom Hicks dan George Gillett dengan nilai RM1.71 bilion.

Pasangan pemilik daripada Amerika Syarikat itu telah meninggalkan The Reds dalam keadaan kewangan yang teruk sebelum meninggalkan Anfield.

Dibawah FSG Liverpool telah berubah menjadi satu perniagaan menguntungkan yang bernilai RM11.4 bilion.

Dengan kehadiran Jurgen Klopp sebagai pengurus pada 2015, beliau berjaya membawa pulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah pada 2019 dan Liga Perdana Inggeris pada tahun lepas kembali ke Anfield.

Ia juga adalah kejuaraan liga pertama mereka dalam masa 30 tahun.

Mengikut laporan akhbar The Echo, FSG tiada rancangan untuk menjual Liverpool dan Werner telah berkata sebelum ini yang hanya tawaran yang “gila” boleh meyakinkan mereka untuk menjual. - Getaran, 25 April 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran