web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pan Gon Puji Semangat Juang Harimau Malaya Menentang Myanmar

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 8:09AM

Ahmad Syihan (kiri) dan Kim Pan Gon pada sidang media selepas perlawanan itu di sini malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YANGON - Ketua jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon memuji semangat juang yang dipamerkan anak buahnya selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Myanmar pada perlawanan pembukaan Kumpulan B kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2022 (AFF) semalam.

Pan Gon mengakui kemenangan tipis di Stadium Thuwunna tidak terhasil dengan mudah terutamanya apabila para pemain terpaksa melalui masa sukar bermain dalam keadaan yang berbeza daripada biasa.

“Tahniah kepada pemain Harimau Malaya kerana menyumbang tiga mata, ia adalah perlawanan yang sukar dengan keadaan berbeza, padang berbeza selain cuaca dan masa.

“Semua keadaan itu bukan mudah untuk para pemain tapi kita sudah jangkakan ia satu perlawanan sukar kerana tiada pasukan yang mahu tewas di hadapan penyokong sendiri,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu di sini malam tadi.

Pada masa sama, Pan Gon berkata barisan pemain tidak menunjukkan permainan terbaik mereka dan mengakui tuah menyebelahi pasukan negara apabila penjaga gol kebangsaan Ahmad Syihan Mohamed Hazmi meranapkan peluang tuan rumah untuk menyamakan kedudukan selepas memperoleh sepakan penalti pada minit akhir perlawanan.

"(Secara keseluruhan) Saya rasa ia adalah permulaan yang baik, perlawanan pertama di tempat lawan dan kita capai sasaran untuk membawa pulang tiga mata. Kita akan persiapkan pasukan untuk berdepan Laos (24 Dis) dan membetulkan beberapa perkara agar lebih baik pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Malaysia akan menerima kunjungan Laos pada perlawanan kedua Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, Ahmad Syihan berterima kasih kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan yang sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya dalam dan luar padang untuk memburu keputusan positif  pada setiap perlawanan.

Katanya, kejayaan menundukkan Myanmar ialah motivasi terbaik buat pasukan untuk mengharungi baki saingan kumpulan terutama dua perlawanan getir berdepan Vietnam di Hanoi pada 27 Dis dan aksi terakhir bertemu Singapura di Bukit Jalil (3 Jan).

"Perlawanan malam ini memang pembakar semangat pasukan dan saya minta semua penyokong Malaysia doakan kami pergi lebih jauh sehingga final. Malam ini bukan saya seorang tetapi semua pemain daripada pertahanan ke bahagian depan semua berikan segalanya,” kata penjaga gol berusia 26 tahun itu.

Pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim dan Ahmad Syihan masing-masing muncul wira Malaysia apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-52 dan bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan penalti Myat Kaung Khant pada penghujung perlawanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek