web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Apa Yang Teruk Sangat?‘: Penyokong Bola Sepak Malaysia Beri Pendapat Tentang ESL

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 2:18PM

Penyokong membawa kain rentang yang tertulis bantahan terhadap Liga Super Eropah di Villa Park pada 21 April. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkara yang hangat dibincangkan oleh peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia pada minggu ini tentulah mengenai penubuhan dan kejatuhan Liga Super Eropah (ESL).

Ditubuhkan oleh 12 kelab gergasi Eropah yang terdiri daripada AC Milan, Arsenal, Atletico Madrid, Chelsea, Barcelona, Inter Milan, Juventus, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Real Madrid dan Tottenham Hotspurs.

Kelab berkenaan mengumumkan penyertaan mereka dalam ESL pada awal minggu ini.

Namun keputusan 12 kelab terbabit terutama dari England, untuk menyertai liga itu mendapat bantahan dan reaksi negatif daripada badan pentadbiran bola sepak, ahli politik dan peminat kelab terbabit.

Getaran telah menemubual dua presiden kelab peminat pasukan bola sepak England yang mempunyai paling ramai penyokong di Malaysia bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung isu panas ini.

Seorang daripadanya ialah Presiden KL Kopites, Sashi Nair, iaitu kelab penyokong rasmi pasukan Liverpool di Kuala Lumpur dan Selangor.

Sashi Nair
Sashi Nair

Beliau yang menyokong penubuhan ESL bertanyakan soalan:

“Apa yang teruk sangat mengenai ESL?”

“Ia hanyalah pengganti Liga Juara-Juara Eropah yang lebih menguntungkan UEFA daripada kelab-kelab yang mengambil bahagian.

“Tiada satu pun kelab yang mengambil bahagian dalam ESL merancang untuk meninggalkan pertandingan tempatan.

“Ia adalah satu keputusan yang baik kepada LFC demi kemampanan masa depan kelab ini. Ia juga memberi faedah kepada pasukan terlibat daripada aspek dana dan penjenamaan,” kata Sashi. 

Ternyata COVID-19 yang melanda dunia sejak tahun lalu turut memberikan kesan negatif kepada industri sukan dan bola sepak tidak terlepas daripada merasai bahangnya.

Justeru tidak hairan jika kelab-kelab terbabit mengambil keputusan untuk menyertai ESL selepas dijanjikan akan menerima durian runtuh dalam bentuk pembayaran berjumlah RM17.2 bilion.

Namun antara yang terkesan dalam penubuhan ESL adalah penyokong kelab-kelab itu sendiri.

Sashi juga berpendapat, penyertaan Liverpool dalam ESL akan memberi kesan kepada peminat kelab itu di Malaysia.

“Ya peminat Liverpool di Malaysia akan terkesan, terutama jika kelab kami disingkirkan daripada mengambil bahagian dalam pertandingan domestik,” katanya merujuk kepada desas-desus kelab yang menyertai ESL akan dikenakan tindakan oleh Persatuan Bola Sepak England.

“Jika keadaan itu berlaku, ia seperti tamparan besar kerana peminat di Malaysia setia menyokong Liga Perdana Inggeris dan Piala FA bertahun-tahun lamanya.

“Kami berminat dengan bola sepak kerana terdedah kepada liga dan tradisi sukan itu di England,” tambahnya.

Bukan sahaja peminat yang membantah penyertaan kelab Liverpool dalam ESL, malah pemain juga tidak bersetuju.

Kapten pasukan itu, Jordan Henderson dan pemain senior, James Milner antara pemain yang membantah penyertaan kelab mereka dalam ESL.

Pemain adalah antara paling terkesan dengan kontroversi ini dengan UEFA dan FIFA memberi amaran mereka akan diharamkan daripada mengambil bahagian dalam pertandingan domestik atau antarabangsa.

Bantahan daripada pemegang-pemegang taruh ini membuahkan hasil selepas enam kelab dari England menarik diri daripada ESL.

“Apa yang penting sekarang ini Fenway Sports Group (syarikat yang memiliki Liverpool) telah membuat keputusan, sama ada ia betul atau salah kita akan tahu nanti.

“Model pentadbiran Money Ball FSG mengutamakan perbelanjaan berhemat dan kemampanan kelab.

“Mereka bukan oligarki kaya yang ada sumber kewangan tanpa had untuk disalurkan ke dalam kelab,” kata Sashi, 43 tahun.

Sementara itu, pandangan berbeza disuarakan Presiden Kelab Penyokong Manchester United Malaysia (MyManUtd) Raden Ahmad Faizal Yaakob.

Raden Ahmad Faizal Yaakob
Raden Ahmad Faizal Yaakob

Beliau percaya keputusan menarik diri daripada ESL adalah tepat buat kelab dari Manchester itu.

“Kelab ini tahu apabila ia menyertai ESL pemain-pemain akan ada peluang terhad untuk bermain dalam kejohanan besar yang dianjurkan oleh FIFA dan UEFA.

“Pemegang-pemegang taruh juga lebih banyak membantah ESL daripada menyokong jadi menarik diri memang keputusan yang tepat,” kata Raden, 36 tahun.

Kemarahan penyokong juga menyebabkan pemilik Liverpool dan Pengerusi Bersama Manchester United, John W Henry dan Joel Glazer, meminta maaf kepada penyokong kelab masing-masing.

“Saya harus memberi tabik hormat kepada John W Henry kerana berani bertanggungjawab dan meminta maaf atas kesilapannya.

“Lagipun beliau hanya ingin mengukuhkan kewangan Liverpool untuk menjamin kemampanan kelab pada masa hadapan, terutama sekali di zaman wabak COVID-19 ini.

“Beliau mungkin menyesali keputusan untuk menyertai ESL ataupun ia satu tindakan perhubungan awam.

“Tapi ia tidak menyimpang daripada fakta yang FSG telah hilang kepercayaan peminat dan Liverpool tidak akan menerima habuan lumayan yang dijanjikan jika ia menyertai ESL,” kata Sashi.

Raden pula berpendapat yang semua masalah boleh diselesaikan kalau ada kerjasama dari semua pihak, tapi jangan sampai ada udang di sebalik batu.

“Semestinya jalan penyelesaian itu ada tapi ia tidak mudah.

“Joel Glazer kini berada dalam kedudukan yang sukar, kerana penyokong sudah lama menyimpan dendam terhadap pentadbiran Keluarga Glazer,” katanya merujuk kepada ketidakpuasan hati penyokong United terhadap Keluarga Glazer yang dilihat sebagai mengutamakan keuntungan dan bukan bola sepak.

“Tapi jika Keluarga Glazer boleh mengatasi masalah ini, saya yakin ia akan memberi galakan kepada United untuk kembali ke zaman kegemilangan seperti di bawah kendalian Alex Ferguson,” tambah Raden. - Getaran, 23 April 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar