web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Benam Kemboja 4-0 Tanpa Pemain Utama

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 6:48AM

Tuck meraikan jaringannya menentang Kemboja. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mudah menumpaskan Kemboja 4-0 pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam tadi, meskipun skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon beraksi tanpa ramai pemain utama.

Kemenangan selesa di hadapan 8,332 penyokong itu, menyaksikan pasukan negara yang diperkuatkan kebanyakan muka baharu, mengekalkan rekod cemerlang berdepan skuad ‘Angkor Warriors’ apabila memenangi kesemua pertemuan dalam tempoh 50 tahun sejak 1970.

Penyokong Harimau Malaya hadir memberi sokongan padu. - Gambar oleh Abdul Latif Razak
Penyokong Harimau Malaya hadir memberi sokongan padu. - Gambar oleh Abdul Latif Razak

Namun, kesebelasan utama yang diturunkan Pan Gon dilihat bergelut dalam mencari keserasian di awal permainan, selain hujan renyai dan permukaan padang becak menyukarkan permainan hantaran pendek sekali gus menjejaskan rentak pasukan.

Situasi itu bagaimanapun tidak menghalang pasukan negara daripada meledak gol pembukaan pada minit ke-11, berpunca gerakan ketua pasukan Mohamad Faisal Abdul Halim dari sebelah kiri, sebelum beliau tenang melambungkan bola menewaskan penjaga gol Hul Kimhuy.

Selepas penyerang Darren Lok dan pemain pertahanan Muhammad Azam Azmi Murad, masing-masing terlepas peluang keemasan menggandakan kedudukan, pemain naturalisasi Lee Tuck meletakkan Malaysia 2-0 selepas memanfaatkan hantaran Mohamad Faisal, dalam satu gerakan serangan balas pada minit ke-38.

Ia merupakan gol pertama Tuck pada penampilan sulungnya bersama pasukan negara.

Pasukan yang diturunkan Pan Gon beraksi tanpa ramai pemain utama. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Pasukan yang diturunkan Pan Gon beraksi tanpa ramai pemain utama. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kemboja bimbingan Ryu Hirose bangkit mencipta serangan berbahaya menerusi rembatan deras pemain tengah Orn Chanpolin, namun gagal menemui sasaran sebelum Mohamad Faisal menjaringkan gol kedua peribadinya selepas bijak menyambar tolakan Darren, pada masa tambahan babak pertama.

Bersambung babak kedua perlawanan, Pan Gon membuat beberapa pertukaran dengan membawa masuk antaranya Muhammad Safawi Rasid, Mohd Nor Hakim Hassan dan seorang lagi pemain naturalisasi, Sergio Aguero dalam menguji kombinasi di bahagian serangan.

Kemasukan beberapa pemain tersebut nyata memberikan impak, namun buntu mencipta jaringan dan sebaliknya Kemboja terus tidak mengalah dalam memburu gol, dengan pemain gantiannya Keo Sokpheng mensia-siakan peluang terhidang apabila rembatannya pada minit ke-69, sedikit tersasar.

Menghampiri masa penuh, pemain tengah kacukan Malaysia-England Stuart Wilkin melengkapkan kemenangan 4-0 Malaysia selepas meraih gol pertamanya pada penampilan sulung dalam jersi pasukan negara apabila menyudahkan tangkapan kurang kemas Kimhuy pada minit ke-86.

Pada aksi malam tadi, selain Tuck dan Wilkin, penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, pemain kacukan Malaysia-Autralia David Rowley, Nur Shamie Iszuan Amin dan Muhammad Aliff Izwan Yuslan masing-masing membuat penampilan sulung bersama pasukan negara.

Pemain Malaysia memberi penghargaan terhadap peminat yang hadir memberi sokongan selepas tamat perlawanan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Pemain Malaysia memberi penghargaan terhadap peminat yang hadir memberi sokongan selepas tamat perlawanan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Pasukan negara seterusnya akan melengkapkan keseluruhan dua aksi antarabangsa Tier 1 bertemu Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras Rabu depan sebelum memulakan kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dengan menentang Myanmar di Yangon dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada 21 Disember.

Malaysia kemudian akan menempuh saingan kumpulan berdepan Laos di sini pada 24 Disember, Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan melayani kunjungan Singapura di sini pada aksi terakhir kumpulan pada 3 Januari depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

3

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad