web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaringan Leandro, Bergson Bantu JDT Atasi Sri Pahang FC

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 7:44AM

Bergson da Silva (kanan) meraikan jaringan ketika menentang Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan dua pemain import Leandro Velazquez dan Bergson da Silva menghadiahkan kemenangan ketujuh buat Johor Darul Ta'zim (JDT), pada aksi menentang Pahang yang merupakan antara dua perlawanan pertama Liga Super di bulan Ramadan, semalam.

Kemenangan 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, itu membolehkan JDT mengumpul 23 mata untuk melebarkan penguasaan di puncak liga kepada lima mata, dengan Terengganu FC sebagai pencabar terdekat di kedudukan kedua.

Manakala ini merupakan kekalahan keenam keseluruhan buat Sri Pahang FC, dan keempat buat ketua jurulatih Dollah Salleh sejak mengambil alih tugas selaku pengendali pasukan daripada Thomas Dooley, yang direhatkan pertengahan bulan lepas.

Turun ke gelanggang keramat skuad Tok Gajah, JDT dengan rekod tanpa kalah menguasai 45 minit pertama perlawanan menerusi gandingan trio di bahagian serangan - Gonzalo Cabrera, Bergson dan pemain muda Arif Aiman Mohd Hanapi, yang kerap menguji benteng pertahanan Sri Pahang FC.

Namun, Leandro mencetak nama sebagai penjaring sulung selepas melepaskan rembatan kaki kanan dari bola tampanan rakan sepasukan Mohd Afiq Fazail dalam kotak penalti pada minit ke-23.

Babak kedua menyaksikan penguasaan permainan masih menjadi milik skuad Harimau Selatan, dan ia lebih terserlah selepas pemain pertahanan Mohamad Ezanie Mat Salleh diperintahkan keluar padang pada minit ke-70, susulan mengutip kad kuning kedua.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya JDT dalam menggandakan asakan sebelum, Bergson meledak gol kedua pasukan pelawat yang juga jaringan kesembilan dalam tujuh penampilan bersama pasukan.

Pada masa sama, gol tunggal pemain tengah Terengganu FC Makan Konate pada penghujung perlawanan, memastikan pasukan tuan rumah mengutip tiga mata penuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu selepas mengatasi pasukan di kedudukan kelima Kuala Lumpur City FC 1-0.

Sementara itu, pada aksi Liga Premier menyaksikan pendahulu liga Sarawak United FC mengalami kekalahan pertama musim ini, selepas tunduk 0-2 di tangan PDRM FC di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Dua gol skuad Sang Saka Biru disumbangkan masing-masing kapten pasukan Lazarus Kaimbi, menerusi sepakan penalti pada minit ke-60 dan pemain gantian Mohamad Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-87.

Sarawak United FC kekal di kedudukan teratas dengan mengumpul 16 mata sementara JDT II di tempat kedua, dengan perbezaan dua mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad