web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FAM Kumpul Data Penting Daripada Dua Syarikat VAR

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 5:56PM

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin (empat, kiri) bergambar bersama skuad eRimau selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama antara FAM dan HP Malaysia di Wisma FAM hari ini.Turut hadir Exco FAM merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan FAM Datuk Seri Shahril Mokhtar (tiga, kiri) dan Pengarah Urusan HP Malaysia Alex Tan (lima, kiri) - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap komited dalam memartabatkan mutu pengadil tempatan termasuk usaha memperkenalkan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada masa hadapan.

Setiausaha Agungnya Noor Azman Rahman berkata FAM telah mengadakan perjumpaan bersama dua syarikat pengendali VAR iaitu Hawk-Eye Innovations dan Mediapro baru-baru ini bagi mendapatkan butiran mengenai teknologi itu yang digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa.

Katanya, pada perjumpaan itu FAM menerusi Jawatankuasa Pengadil telah mendengar pembentangan kedua-dua syarikat tersebut dan mengambil maklum beberapa elemen penting berkaitan VAR termasuk kos penyelenggaraannya. 

“Perkara (VAR) itu kini di peringkat nak memuktamadkan dari segi kos dan sama ada kita nak beli atau sewa. Jadi kita serahkan kepada Jawatankuasa Pengadil untuk nilai.

“FAM nampak penggunaan (VAR) memang diperlukan tetapi kita kena tengok dari segi keperluan,” katanya selepas majlis pengumuman kerjasama antara FAM dan HP Malaysia di Wisma FAM di Kelana Jaya di sini, hari ini.

Sebagai rekod, Hawk-Eye Innovations dan Mediapro bukan lagi nama asing dalam teknologi VAR apabila kepakaran mereka digunakan dalam kancah saingan liga Eropah dan kejohanan peringkat benua.

Semalam, Bernama melaporkan barisan pengadil tempatan terpaksa melupakan impian menerima mandat untuk terlibat dalam pertandingan bola sepak berprestij termasuk Piala Dunia sekiranya tidak mempunyai lesen VAR.

Ia susulan syarat dan kriteria lebih ketat ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk melantik pengadil yang mempunyai pengalaman berkaitan VAR selepas teknologi itu digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa ketika ini.

Dalam laporan itu, Tenaga Pengajar Teknikal FIFA yang merupakan bekas pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh mendedahkan Malaysia terlepas peluang mencalonkan salah seorang pengadil lelaki terbaiknya untuk bertugas di Piala Dunia 2022 kerana tidak memiliki lesen VAR.

Mengulas mengenai pendedahan dibuat bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM itu, Noor Azman berkata beliau akan cuba mendapatkan laporan serta pengesahan daripada pengerusi terkini jawatankuasa pengadil FAM Datuk S. Sivasundaram.

Pada Mac 2020 FAM melancarkan Sistem Pengadil Profesional Malaysia (MProRS) dengan misi menjadikan pengadil tempatan sebagai penanda aras di Asia dan melihat tiga pengadil tempatan diberi mandat pada kempen Piala Dunia 2026.

Teknologi VAR pertama kali digunakan di Malaysia ketika perlawanan akhir Piala AFC antara KL City FC dan kelab dari Oman, Al-Seeb di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 22 Oktober lepas yang dikendalikan sepenuhnya oleh AFC.

Pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata penggunaan VAR dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) masih memerlukan kajian mendalam sebelum boleh diguna pakai secara meluas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan