web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Terus Unggul Di Persada Liga, Benam Melaka United FC 4-0

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 7:00AM

Pemain JDT Arif Aiman Mohd Hanapi mengelak terjahan keras pemain Melaka United Mohamad Hasbullah Abu Bakar pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta’zim (JDT) terus unggul di persada Liga Super selepas membenam Melaka United FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam tadi.

JDT dilihat seperti melepaskan geram susulan tersingkir di pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara AFC, selepas tewas 5-0 kepada Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama 2002, Jepun, pada 19 Ogos lepas.

Terdahulu, skuad kendalian Hector Bidoglio yang menguasai perlawanan separuh masa pertama menjaringkan gol seawal minit 13 menerusi Fernando Martin Forestieri.

Pemain sensasi dari Brazil, Bergson Gustavo Silveira Da Silva juga tidak ketinggalan menghadiahkan dua jaringan masing-masing pada minit 32 dan 42.

Anak buah Mohd Asri Ninggal dilihat mempunyai peluang keemasan untuk membuat jaringan pada babak kedua perlawanan, menerusi Wan Zaharulnizam Wan Zakaria selepas menerima hantaran jauh Syahrul Azwari Ibrahim, namun gagal memanfaatkan peluang terhidang selepas penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli, menghadang jaringan pada minit 56.

JDT yang dihadiahkan sepakan percuma selepas Bergson dijatuhkan Mohamad Fakrullah Rosli pada minit 66, bagaimanapun, gagal menambah jaringan selepas sepakan yang diambil oleh Leandro Sebastian Velasquez berjaya ditepis penjaga gol Tian Keat See.

Percubaan Muhammad Safawi Rasid dalam kotak pada minit ke-79 juga kecundang selepas tendangannya ditepis Keat See.

Namun begitu, Bergson melakukan kejutan dengan mencipta hatrik pada perlawanan kali ini selepas tendangan kencangnya membolosi gawang Melaka United FC pada minit ke 85, sekali gus mencatatkan jaringan ke-20 beliau dalam liga musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan JDT mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 15 perlawanan dan mengumpul 41 mata, sekali gus memberi laluan cerah kepada Skuad Harimau meraih kejuaraan liga kali kesembilan berturut-turut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 2 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad