web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KBS Mahu Jadikan Malaysia Tumpuan Aktiviti E-Sukan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 2:29PM

Lian Ker (dua, kiri) bercakap pada sidang media Electronic Sports League (ESL) One Malaysia 2022 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus membangunkan infrastruktur e-sukan yang diperlukan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara tumpuan aktiviti sukan berasaskan permainan video itu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata perkara itu sememangnya ada dalam Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan 2020-2025 selain daripada penganjuran aktiviti dan pertandingan.

Katanya, e-sukan adalah industri yang sedang berkembang dan mampu memberikan impak ekonomi besar dengan jumlah penonton mencecah 435 juta di seluruh dunia.

“E-Sukan juga adalah perniagaan berjuta dolar dengan industri e-sukan saja pada 2022 dijangka menjana AS$1.6 bilion,” katanya ketika ditemui selepas sidang media kejohanan ESL One 2022 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Lian Ker berkata keupayaan Malaysia menganjurkan kejohanan ESL One yang mengumpulkan 12 pasukan terbaik seluruh dunia memberi petanda positif tentang potensi Malaysia untuk terus dipilih menganjurkan kejohanan e-sukan bertaraf antarabangsa pada masa depan.

“Kita boleh lihat kepada kejohanan ESL One kali ini, jualan tiket habis sepenuhnya dengan lebih 4,000 sudah terjual. Malah, jumlah tontonan dijangka sekitar 15 juta memandangkan pasukan bertanding mempunyai saiz peminat yang besar,” katanya.

Sebanyak 12 pasukan bertanding pada kejohanan ESL One 2022 yang akan berlangsung di Resorts World di Genting Highlands dari 23 hingga 28 Ogos ini antaranya Team Secret, OG, Fnatic, Alliance, Team Liquid, Nigma Galaxy, Entity, Team Aster, Boom Esports, Talon Esports, TSM FTX dan Thunder Awaken.

Mereka akan bersaing dalam permainan video Dota 2 untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah AS$400,000 (RM1.78 juta).

Sebagai rekod, kejohanan ESL One 2022 adalah edisi ketiga dianjurkan di Genting Highlands selepas mendapat sambutan hangat pada 2017 dan 2018. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

AoV Intai Pentas Olimpik Selepas Cemerlang Di Sukan Asia

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Projek Infrastruktur Kecil Dipindah Ke Jabatan Lain, Pejabat Daerah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

4

Semasa 3 tahun yang lalu

KKR Lulus Peruntukan Hampir RM43 Juta Baiki Infrastruktur Rosak Akibat Banjir

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 41 minit yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 minit yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad