web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKR Lulus Peruntukan Hampir RM43 Juta Baiki Infrastruktur Rosak Akibat Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 6:52PM

KKR meluluskan peruntukan hampir RM43 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur, cerun dan jalan yang terjejas akibat bencana banjir, setakat ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukan hampir RM43 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur, cerun dan jalan yang terjejas akibat bencana banjir, setakat ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata peruntukan berkenaan melibatkan enam negeri di tiga zon iaitu Zon Tengah Timur, Utara dan Selatan.

"Kelulusan itu bagi pembaikan dan penyelenggaraan di kawasan yang mengalami kerosakan serius dan memerlukan kerja (pembaikan) segera.

"Enam negeri terlibat ialah Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Johor dengan peruntukan terbesar melibatkan Kelantan dan Terengganu," katanya selepas Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Technologies Wilayah Timur di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KKR Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman serta Pengarah CIDB Terengganu Muhammad Rizuan Hamzah pada majlis graduasi yang menyaksikan seramai 142 pelatih menerima sijil tamat latihan kursus CIDB.

Abdul Rahman berkata KKR telah mengemukakan permohonan sebanyak RM300 juta untuk kos kerja-kerja membaik pulih keseluruhan jalan dan infrastruktur akibat banjir baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata laporan terperinci mengenai insiden tanah runtuh Batang Kali di Selangor dijangka diperoleh dalam masa empat bulan lagi.

Menurutnya, setakat ini anggaran kos untuk pembaikan cerun, infrastruktur juga belum dapat dipastikan kerana bergantung kepada laporan forensik.

"Keputusan forensik belum dapat sepenuhnya dan secara menyeluruh. Angka-angka yang kita akan baiki pun belum dapat dan tunggu laporan forensik," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad