web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Infrastruktur Kecil Dipindah Ke Jabatan Lain, Pejabat Daerah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 11:05AM

Anwar menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Jun di Puspanitapuri, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek-projek infrastruktur kecil seperti membaiki sekolah daif yang kini di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan dipindahkan ke jabatan lain atau pejabat daerah.

"Saya telah bincang dengan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, projek-projek seperti sekolah daif, klinik daif, baiki tandas tidak perlu lagi membebankan JKR yang mempunyai tanggungjawab terlalu besar.

"Pindahkan tugas itu ke jabatan atau ke pejabat daerah," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Jun 2023 di sini hari ini. 

Pada masa ini, JKR berperanan melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri seperti jalan, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti.

Jabatan itu juga bertanggungjawab dalam menyelia projek-projek infrastruktur kecil dan pembangunan awam seperti membersihkan longkang, menurap jalan dan membaiki projek-projek kerajaan Persekutuan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun projek infrastruktur besar seperti lebuh raya dan tebatan banjir itu penting tetapi bagi rakyat, isu seperti tandas sekolah, parit tepi rumah atau pagar masjid juga penting.

"(Ini) termasuk penyaluran bantuan seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah), E-Kasih dan lain-lain, sebab itu saya bagi arahan supaya disegerakan," katanya, sambil menambah beliau bercadang bertemu dengan pegawai-pegawai daerah pada minggu depan berhubung pelaksanaan projek infrastruktur kecil.

Anwar dalam masa yang sama juga mahu semua projek rakyat yang sudah diputuskan dan diumumkan, dilaksanakan segera.

Beliau berkata perkara itu telah disampaikannya kepada Jemaah Menteri selain perbincangannya di Kementerian Kewangan serta bersama Ketua Setiausaha Negara.

Beliau juga mahu semua ketua jabatan melihat kemajuan pelaksanaan projek-projek yang telah diumumkan kerajaan.

"Saya menggesa minggu ini semua jabatan lihat apa yang diluluskan, apa yang mula dilaksanakan, apa yang belum dilaksanakan, apakah kerana peruntukan tidak sampai, apakah ditugaskan kementerian-kementerian lain," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad