web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jorge Martin Catat Masa Terpantas Dalam Penampilan Kedua MotoGP

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 6:58AM

Rakan sepasukan Ducati-Pramac Zarco (kiri) dan Martin akan bermula di dua petak utama dalam perlumbaan GP Doha awal pagi esok. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Penunggang baharu Ducati-Pramac Jorge Martin dari Sepanyol melakar kejutan pada sesi kelayakan GP Doha awal pagi tadi selepas mencatat masa terpantas dalam penampilan keduanya di kelas MotoGP.

Walaubagaimanapun, beliau tidak yakin akan peluangnya untuk memenangi perlumbaan pada awal pagi esok.

Martin ditemani oleh rakan sepasukannya dari Perancis Johann Zarco dan rakan senegara Maverick Vinales yang menunggang jentera Yamaha di baris pertama grid permulaan.

“Catatan masa pusingan terakhir saya adalah pada batas kelajuan jentera.

“Setiap hari saya cuba untuk memperbaiki persembahan. Saya baharu bersama dengan pasukan ini selama sebulan tapi amat selesa di sini,” kata Martin, yang berusia 23 tahun.

Beliau menambah:

“Saya tidak sangka akan mendapat posisi pertama, ini sangat hebat. Saya menjangkakan akan dapat posisi keempat atau kelima.

“Esok adalah hari baharu untuk mendapat pengalaman. Ia bukan hari untuk saya menang. Kalau saya dapat menamatkan perlumbaan pada posisi enam teratas itu adalah keputusan yang baik.”

Penunggang Petronas Yamaha SRT Franco Morbidelli dan Valentino Rossi hanya mampu melayakkan diri di posisi ke-10 dan ke-21

Dalam kelas Moto2, Sam Lowes dari Britain mencatat masa terpantas di hadapan Remy Gardner dan Marco Bezzecchi.

Penunggang Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah hanya mampu melayakkan diri di posisi 27 daripada 28 pelumba dalam keadaan litar di mana angin bertiup kencang.

Penunggang Sepanyol Jaume Masia akan bermula di petak utama perlumbaan Moto3, di hadapan Jeremy Alcoba dan Gabriel Rodrigo. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar