web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 10:30AM

Kasma Daniel kini ke Moto2 sebagai penunggang gantian. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba Malaysia Kasma Daniel Kasmayuddin sudah bersedia untuk kembali ke Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) buat sementara, untuk menyertai perlumbaan di Itali dan Jerman bagi dua hujung minggu akan datang.

Penunggang berumur 22 tahun itu akan menjadi pengganti kepada pelumba Moto2 Kohta Nozane dari pasukan Correos Prepago Yamaha VR46 bagi dua pusingan berturut-turut.

Pelumba Jepun itu diketepikan selepas mengalami kecederaan belakang semasa pembukaan musim di GP Portugal, pada Mac.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia dalam kenyataan berkata pelumba kelahiran Johor itu tidak akan beraksi dalam pusingan keempat Cub Prix di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) hujung minggu ini, untuk berlumba dalam perlumbaan Moto2.

Kasma, yang mendahului kedudukan keseluruhan dengan jumlah 51 mata selepas tiga pusingan, akan menunggang bagi Pasukan Correos Prepago Yamaha VR46 di Mugello, Itali hujung minggu ini dan Sachsenring, Jerman hujung minggu depan.

“Saya mohon maaf kepada pasukan dan peminat saya di luar sana kerana tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan Cub Prix minggu ini. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mendoakan yang terbaik buat pasukan saya dan semua penunggangnya bagi perlumbaan di Sepang,” katanya.

Kasma akan kembali untuk beraksi dalam pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Sementara itu pasukan Correos Prepago Yamaha VR46 turut mengumumkan perkembangan terkini itu dalam platform media sosial.

Musim penuh Kasma dalam Moto2 berakhir pada 2020 disebabkan oleh kekangan kewangan, walaupun telah menandatangani perjanjian tiga tahun dengan Onexox TKKR SAG Team.

Selain Cub Prix Malaysia, beliau juga bertanding dalam kelas ASB1000 Asia Road Racing Championship (ARRC). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Kasma Daniel Ukir Sejarah, Raih Gelaran Juara Asia SS600 2025

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Nahas Cub Prix Malaysia, Izzat Zaidi Kini Kritikal

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar