web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kasma Daniel Ukir Sejarah, Raih Gelaran Juara Asia SS600 2025

Sukan Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2025 4:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BURI RAM (THAILAND) - Litar Chang International menjadi saksi kepada detik penuh emosi, warna dan sejarah apabila pelumba sensasi Malaysia, Kasma Daniel Kasmayudin, akhirnya mengesahkan kejuaraan Asia pertamanya dalam kelas Supersport 600 (SS600) Kejuaraan Motosikal Asia FIM Idemitsu 2025 (ARRC).

Perlumbaan epik dengan enam pusingan itu menyaksikan Kasma dan pencabar terdekatnya, pelumba Thailand Anupab Sarmoon, menamatkan saingan dengan jumlah mata sama iaitu 167 mata. 

Bagaimanapun, nasib, strategi dan ketepatan setiap perlumbaan akhirnya memihak kepada Kasma.

Di Race 2 penutup tirai musim kali ini, Kasma menunjukkan ketenangan luar biasa dengan penuh fokus, sekaligus menamatkan perlumbaan dan meletakkan nama Malaysia terukir di podium tertinggi Asia.

Menurut Kasma, ini merupakan kejuaraan Asia pertama buatnya dan ia amat bermakna.

“Setiap perlumbaan, setiap mata, setiap podium, pada saya semuanya penting. 

“Terima kasih kepada pasukan, keluarga, penaja, dan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa percaya. Kita juara bersama.” katanya. 

Tambah beliau, kemenangannya itu sememangnya rezeki yang tidak dijangka. 

“Gelaran ini untuk semua, mula-mula saya jangka kalau tak ada rezeki boleh cuba tahun depan, tapi apabila dapat gelaran ini, saya bersyukur sangat-sangat kerana ini pertama kali saya merangkul gelaran ini,” katanya.

Kejayaan Kasma itu juga membuka lembaran baharu buat sukan permotoran tanah air. 

Dalam kelas yang terkenal dengan ‘strategi dan ketepatan’, gelaran ini membuktikan bahawa Malaysia masih memiliki bakat yang mampu bersaing dengan pelumba elit Asia.

FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) merupakan siri perlumbaan dua roda paling berprestij di Asia, menampilkan pelumba terbaik dan pasukan berstatus kilang. 

Kelas SS600 pula terkenal sebagai kategori yang menuntut kemahiran tinggi, pengurusan tayar, strategi perlumbaan dan konsistensi. - Getaran, 9 Disember 2025

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Cuaca Panas Jejas Atlet Di SUKMA 2026

2

Sukan 4 minggu yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

3

Sukan 4 minggu yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Banduan Maut Dipukul 3 Rakan Di Penjara Marang

oleh Sophia Ahmad