web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semua Juruterbang Malaysia Airlines Negatif Ujian Dadah

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2026 5:36PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua juruterbang Malaysia Airlines disahkan negatif dalam saringan dadah yang dijalankan secara mandatori.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, kesemua juruterbang syarikat penerbangan itu telah menjalani saringan berkenaan dan keputusan bagi mereka diterima sehingga 15 Ogos lalu.

Menurut beliau, pelaksanaan saringan mandatori itu berjaya diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum ini, iaitu pada 15 Ogos.

Katanya, langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha MAG untuk memperkukuh aspek keselamatan serta memastikan semua kakitangan berada dalam keadaan sesuai dan layak menjalankan tugas sepanjang operasi kumpulan.

“Penyelesaian fasa pertama ini merupakan satu pencapaian penting dalam usaha yang telah ditetapkan kumpulan, namun langkah berkenaan akan terus diperkasakan.

“Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang kami ambil. Kami akan terus melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan bagi memperkukuh perlindungan, mengekalkan piawaian operasi serta memastikan keyakinan penumpang dan semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selepas saringan terhadap juruterbang selesai, MAG akan meneruskan fasa seterusnya dengan menjalankan ujian ke atas 2,840 kru kabin Malaysia Airlines secara berperingkat, bermula 18 Ogos dan disasarkan selesai pada 3 September.

Saringan sama turut dijalankan terhadap juruterbang dan kru kabin syarikat penerbangan Firefly.

Setakat 15 Ogos, lebih separuh daripada keseluruhan 158 juruterbang dan 163 kru kabin Firefly telah menjalani saringan, dengan semua keputusan yang diterima setakat ini menunjukkan keputusan negatif.

Nasaruddin berkata, MAG menjangkakan baki juruterbang dan kru kabin Firefly selesai menjalani saringan menjelang 25 Ogos, lebih awal daripada tarikh akhir 5 September yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Katanya, langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan MAG untuk mencegah dan membanteras penyalahgunaan bahan terlarang dalam organisasi.

Kumpulan itu juga jelas beliau, akan meneruskan program ujian secara rawak sebagai langkah pencegahan tambahan.

“Langkah yang dipertingkatkan ini melengkapi rangka kerja sedia ada MAG berkaitan kelayakan dan kecergasan untuk bertugas, yang merangkumi saringan sebelum pengambilan pekerja, pemeriksaan perubatan, latihan berkala serta ujian alkohol dan dadah secara berkala.

“Ia turut melibatkan pemeriksaan pematuhan mandatori sebelum penerbangan dan penilaian tahap kecergasan kru,” katanya. - Getaran, 23 Ogos 2026

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Tiada Ibu Yang Rela Anaknya Dikenang Dengan Cara Menyedihkan’ - Kasturi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.1 Landa Perairan Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

oleh Sophia Ahmad