web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Cub Prix Malaysia, Izzat Zaidi Kini Kritikal

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2023 8:03AM

Md Izzat Zaidi Md Salehan patah tulang rusuk kiri dan mengalami pendarahan di bahagian peparu - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pelumba CKJ Racing Team Md Izzat Zaidi Md Salehan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika sesi ‘Super-Pole’ pada perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Bandar Medini, dekat Iskandar Puteri, tengah hari kelmarin.

Pengurus Pasukan CKJ Racing Amer Saad yang mengesahkan kejadian tersebut, berkata pelumba berusia 27 tahun itu, patah tulang rusuk kiri dan mengalami pendarahan di bahagian paru-paru.

Beliau berkata pelumba berasal dari Selangor itu, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas selesai menjalani pembedahan pada 4 pagi semalam.

“Md Izzat masih bergantung 100 peratus pada mesin bantuan pernafasan dan menurut doktor mereka akan tunggu dalam masa 48 jam untuk melihat sama ada masih terdapat pendarahan di paru-paru,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan kemalangan tersebut.

Hari ini tular satu video berdurasi 26 saat di Facebook, dipercayai video kemalangan membabitkan pelumba tersebut yang menunjukkan jentera Yamaha dipacu sewaktu sesi Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan yang diletakkan di tepi litar.

Turut tular, hantaran dipercayai daripada isteri Md Izzat di Instagram milik ‘‘elyshanorizal” yang memohon orang ramai agar mendoakan suaminya yang selesai menjalani pembedahan dan bergantung 100 peratus pada mesin bantuan pernafasan.

Turut dimuat naik sekeping gambar dipercayai Md Izzat yang dipercayai baru selesai pembedahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, Anak Perempuan Maut Nahas SUV - 4WD

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Korban Nahas Kuala Krai Meningkat 4 Orang

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad