web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Korban Nahas Kuala Krai Meningkat 4 Orang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 8:13AM

Mangsa keempat dilaporkan meninggal dunia di hospital - gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KRAI - Seorang lagi kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua kereta di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Pahi, di sini semalam meninggal dunia di hospital, menjadikan angka korban nahas itu kepada empat orang, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun.

Beliau berkata Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu meninggal dunia pada 3.15 petang semalam ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Sultan Ismail Petra, di sini.

Kamarulzaman berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa kereta jenis Nissan March dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu telah masuk ke laluan kereta jenis Perodua Myvi dari arah Kota Bharu menghala Gua Musang sehingga menyebabkan kedua-dua kereta itu bertembung.

"Dalam kejadian ini, tiga mangsa di dalam kereta Perodua Myvi maut di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa (dalam Perodua Myvi) menerima rawatan di Hospital Kuala Krai," katanya.

Seorang daripada dua mangsa dalam Perodua Myvi itu meninggal dunia di hospital sementara mangsa yang
terselamat dirawat di Zon Kuning hospital sama.

Dua mangsa yang berada di dalam kereta jenis Nissan March laitu pemandu mengalami kecederaan parah
dan penumpang pula mengalami kecederaan ringan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis akan menjalankan siasatan secara terperinci," katanya.

Terdahulu, Bernama melaporkan seorang kanak-kanak perempuan antara tiga disahkan maut dalam kemalangan jalan raya kira-kira 1.38 tengah hari semalam di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Pahi, di sini dan semua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, Anak Perempuan Maut Nahas SUV - 4WD

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar